BOS Ducati MotoGP, Davide Tardozzi mendakwa menggunakan khidmat jurutera aeroangkasa untuk memberi kelebihan kepada pasukan itu susulan keputusan Persekutuan Motosikal Antaranangsa (FIM) membekukan sebarang pembangunan teknikal enjin sepanjang tahun ini.
Penunggang uji, Michelle Pirro menjadi pelumba trek pertama menggunakan pakej aero terbaharu pada jentera Desmosedici GP21 sebelum digunakan pelumba pasukan pengilang itu, Jack Miller dan Francesco Bagnaia. Pakej aeroangkasa itu melibatkan bahagian ambilan udara dari fairing ke tayar depan.
Tardozzi berkata;
Seperti anda lihat, kami guna fairing baharu ketika kami buat beberapa perubahan pada tetapan casis dan inilah sasaran utama kami untuk tiga hari ini. Kami juga guna khidmat jurutera aeroangkasa. Keseluruhannya, semua kru kerja keras dan kami teruja nak tunjukkan hasilnya kepada anda.”
Miller adalah antara pelumba yang teruja dengan prestasi jentera Ducati. Beliau juga berpuas hati dengan ujian dua hari pertama dengan pasukan baharunya itu.
Hari ini, aku buat ujian dengan fairing baharu, sangat positif dan motor lebih stabil. Semua orang buat kerja yang sangat baik musim sejuk ini walaupun ada sekatan regulasi.”
Berita ini memang mengujakan, terutama peminat Ducati. Adakah penggunaan komponen baharu itu mampu meletakkan Ducati sebagai pencabar utama dalam kejuaraan akan datang? Sama-sama kita nantikan.
BACA >>> Michelin Indonesia Henti Guna Pembalut Plastik untuk Tayar Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
SUMBER: bikesportsnews.com
Leave a Reply