ISU mengenai hos penyejuk minyak (oil cooler hose, OCH) kembali hangat diperkatakan selepas seorang lagi pemilik Proton Exora CFE Turbo mengalami masalah sama. Isu ini sebenarnya kerap menimpa pemilik Exora dan seakan tidak menemui sebarang titik nokhtah.
Masalah komponen OCH bocor itu mendapat banyak respons daripada pemilik dan pengguna Exora dalam grup Facebook Exora Owners Club Malaysia (EOCM) dan ramai meluahkan rasa kesal dengan masalah sama yang masih berulang.
Ada mendakwa kualiti hos itu perlu diteliti semula dengan meminta Proton memandang berat isu berkenaan yang masih menghantui mereka, selain mengundang kehampaan terhadap jenama nasional itu.
Beberapa pengguna Proton Exora mendakwa masalah itu awalnya berlaku selepas jarak pemanduan terkumpul 40,000km sebelum merebak kepada jarak pemanduan 20,000km dan 10,000km. Kes terbaharu ini pula, belum sampai 2,000km, tetapi sudah bocor.
Berdasarkan perkongsian di grup Facebook EOCM, lelaki berkenaan mendakwa odometer keretanya baru mencecah 1,536km, tetapi hos OCH sudah bocor. Dia juga sudah selesai melakukan servis pertama kereta.
Kebocoran itu disedari selepas nampak ada tumpahan minyak di lantai dan terus membawa kenderaan pelbagai guna (MPV) itu ke bengkel dan mengirim gambar kepada ejen Proton.
Jika anda masih ingat, Proton pernah memanggil balik 94,577 unit kenderaan mengenai masalah OCH, membabitkan tiga model iaitu Exore Bold, Preve dan Suprima S. Kempen panggil balik akibat masalah itu melibatkan semua model walaupun hos pada kenderaan pemilik tidak pecah.
BACA >>> Nak Hos Turbo Pun Tunggu Lebih 2 Minggu, Lelaki Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Proton
BACA >>> Proton Panggil Balik 94,577 Unit Exora, Preve dan Suprima
BACA >>> Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?
SUMBER: Facebook
Muhammad Nur Hakim says
KEPADA PROTON CARS TOLONG AMBIL PERHATIAN ISSUE TENTANG OCH ITU. SAYA OWNER EXORA. MADE IN MALAYSIA 🇲🇾.
Din says
Elok pandu laju temuramah terus pegawai proton tu.. bila nak selesai??
Anizan says
Kenapa dari pihak Proton macam buat senyap jer pasal isu OCH ni..setiap kali ada pengguna Exora up isu OCH ni..dan sekarang makin kerap pulak isu ni..Saya pun baru guna Exora RC ni..dan sekarang dah rasa macam menyesal pulak amik Exora ni..at least wakil pihak Proton tampil la bagi statement ke..ni makin timbul isu OCH terus buat buat diam...seolah olah x da apa apa berlaku...kami di pihak consumer dah rasa macam tertipu dah ni...ke mana lagi saluran yang ada dapat membantu...ingat senang ke nak menabung kumpul duit buat down payment...end up hasilnya macam apa ntah..
#proton
PenggunaExora2012 says
Pihak yang berwajib di syarikat Proton semakin sombong dan nyata sekali bahagian Komunikasi Koprat dan Komunikasi Pengguna mereka gagal dalam memberikan kenyataan rasmi. Isu paip getah OCH mudah rosak dan tidak berkualiti bukan baru tetapi sudah bertahun bagi kebanyakan pengguna Exora, Preve dan Suprima tapi mereka masih gagal memberikan penyelesaian untuk memperbaiki masaalah ini. Sementara pihak kerajaan yang bertanggungjawap mungkin berpendapat bahawa masaalah ini terpencil dan tidak perlu untuk mereka memantau ataupun campur tangan.
Azman says
Tertarik dengan Promosi.. terus Beli Exora RC ni.. ingat masalah OCH ni dah selesai selepas proton panggil semula.
Tapi jadi fobia pulak bila ada yg kena OCH bocor x sampai 2000km.. kalau nampak bocor time Parking ok lagi..bayangkan kalau semasa drive minyak kering... Adoiiii modal besar Oii nak repair... Harap pihak Proton ambik serius lah. Tak kan nak viral, masuk media sosial baru nk bertindak...
#abangfobia
#ochbocorxhabis2
Chedet says
Mohon wartawan adakan temuramah dan minta pihak Proton adakan sidang media berkaitan perkara ini dengan segera. Jika kes ini selesai saya yakin jualan Proton Exora mampu dilonjakkan mengatasi MPV yang lain kerana Proton Exora adalah terbagus dari segi pemanduan dan kemasan dalaman. Black Edition adalah produk yang terbaik Proton hasilkan. Jangan disebabkan sayangkan kos yang kecil untuk penambahbaikan OCH ini menyebabkan Proton akan hilang pelanggan setia selama-lamanya. Secara realitinya ramai bakal pemilik Exora di luar sana tetapi masih berkira-kira untuk menempah disebabkan masalah OCH ini.
Chedet says
Samalah kita...saya beli Black Edition dengan harapan Proton dapat berbuat sesuatu dengan segra.
Muhammad Arshad Bin Mustapaha says
aiseymen.. hajat nk support kete national..yelah 70k 7 seater mpv.. segmwn c pulak tuh.. lus kot.. tapii bila jadi mcmni buat terpikir taknak pening kepala dan takut...kang beli jelah avanza... walaupun design org tua2 sikit.. cuma lampu depan jelah nmpk moden ala2 alphrd.. tp 5 tahun gerenti senyum jelah.. kalau terlebih milage pun tak risau sngt. yg penting boleh point A ke B dengan selesa sikit dan tak pening kepala..
Nad says
Kereta masih baru tp takut nk jalan jauh. Nyesal tul beli proton
AK says
Pandulaju tolonglah kami. Cuba interview orang kuat proton tengok apa kata depa. Tak mau jawapan generic. Nak jawapan yang konkrit.
Nuzuluddin says
Kali kedua OCH bocor. Buang masa. Buang duit. Buang tenaga. Masalah tak selesai2.
Faheem says
Kalau Proton boleh beri kenyataan yang telus berkenaan punca masalah-masalah dalam Exora, kemudian kemukakan penyelesaian, rasanya tak mustahil jualan boleh meningkat nanti. Masalah Exora kami semua sudah tahu. Ramai juga yang sudah alami. Jika Proton boleh atasi masalah yang agak "common" ini, saya tak nafikan yang exora boleh meneruskan legasinya sebagai kereta MPV pilihan rakyat Malaysia!
Terminus says
Hehe ... Tengah pasang Custom OCH dari Tam Turbo Motorsport.
Steel braided.
Fairul Fahmi says
Exora saya bli hujung tahun lepas pun kena semlm, baru KM 11363. Nasib perasan, itu pun sbb member2 pesan sll tgk2kan OCH bawah enjin psl kerap sgt kes ni jd walaupun kete baru.
Muhamad Kamarulzaman says
Saya beli Exora Black Edition ODO meter belum sampai 6k OCH dah leaking..tambah pula dengan streeng rack juga leaking..Dan yang terbaru oil pan juga leaking..jem jap kepala memikir..ingat beli kereta baru lapang skit kepala..ni dah jadi banyak kerja plak nak ulang alik SC..Belum masuk nk order streeng rack 1 bulan order..
Harap pandulaju.com dapat ketengahkan perkara ni pada Proton
Fahmi says
Sedih betul dgn pengurusan proton,och sekarang dah jadi limited part,nak tukar kena g proton,yg terlampau jauh ngan proton kereta pulak pecah hose tak blh bawak,nak bawak kena bayar towing lagi,nak beli tak dibolehkan beli untuk pasang kat luar dari proton,satu kuantan call sama jer ayat,bermain di kepala kenapa kedai spare part blh dapat tapi dengan harga 3 kali ganda mahal dari harga kat proton,adakah yg dinamakan dealer ni betul2 buat bisnes sampai part kat proton licin jadinya???nyesal pak jamil tak kawin 4...Hahahaha,call hq proton sampai bertaik telinga asyik talian sibuk...hidop proton???
Nor Helmy Amir Norhalim says
Assalam
Den pemilik exora black edition yg dibeli akhir thn 2021 Nov pun alami masalah yg sama.Br lepas 1st service,km br 3960km.So far takde masalah lain.Tp layanan,aduan & afterservice drpd Proton NHL 4S Mlk tiptop & terbaik.Dpt keutamaan checking dulu.Harap² tiada masalah berkaitan pd enjin ni terutama bila habis warranty nanti.Insha allah
muhammad ahnaf.. says
aku baru je.. beli proton exora ni.. sekarang dah tersadai kat bengkel pasal oil cooler ni . sekarang planing nak tukar produa aruz atau alza je.. rugi duit sikit pun tak apa lah.. malas nak pening2 kepala.. produa juga terbaik. Myvi aku dah 9 tahun guna.. km dah lebih 100k. masih tak ada masalah..
ram says
och kong
EO kering enjin kong... depa ganti tak seketul enjin baru?
Saf says
Rasanya kerajaan kena pantau pembuatan och di kilang.. Getah och patutnya bkn sebarangan getah tp polimer bkualiti tggi, tahan haba suhu tggi susah crack dll...mahal xpe janji akur kpd mileage. Kalu 40k,pastikan 40k..kalu xlibatkn enjin xpe sbb kdg2 kalu tgh speeding, xsedar pecah@lambat brenti pastu rosak enjin.
Adb says
Supplier och dan proton Malaysia sdh lama tahu masalah ni. Hanya quality dept proton sdh terima rasuah dan masih menggunakan parts yg tiada quality. Sebagai sykt pengeluar kereta nasional, ni memang memalukan. Bagaimana kereta nasional nak maju kalau rakyat sendiri sdh give up dgn sikap bisu dan acuh tak acuh ??
Nasib malang lah owner kereta nasional .... hiduplah proton
Syam says
Alhamdulillah. Dah selamat saya jual Proton Exora Bold saya, beli kereta lain yang tak bagi sakit kepala...