• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Malaysia Lancar Bilik Pameran Maya, Boleh Beli Kereta dari Sofa Rumah Anda

Mitsubishi Malaysia Lancar Bilik Pameran Maya, Boleh Beli Kereta dari Sofa Rumah Anda

March 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) melancarkan bilik pameran maya yang membolehkan pengguna membeli model Mitsubishi baharu dan beberapa perkhidmatan lain dari rumah tanpa perlu meninggalkan sofa.

Akses bilik pameran atas talian itu boleh diakses melalui pautan www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom yang mana pengenalan pengalaman pembelian gaya baharu tersebut dibuat berikutan pandemik Covid-19.

Ada empat fungsi utama disediakan melalui platform tersebut iaitu:

  • Bilik Pameran Maya 360 darjah (360º Virtual Showroom)
  • Pandu Uji 2U (Test Drive 2U)
  • Tempahan Atas Talian (Online Booking Assist)
  • Tukar Beli Atas Talian (Online Trade In Assist)
1. Bilik Pameran Maya 360º

Pelanggan boleh melihat bahagian luaran dan dalaman mana-mana model Mitsubishi secara paparan 360º dengan fungsi zum dekat (zoom in) dan jauh (zoom out). Juga disediakan butang interaktif bagi setiap model kereta berserta maklumat lanjut, termasuk galeri foto lengkap pelbagai sudut.

BACA >>> Mitsubishi Xpander Laku Keras di Malaysia Sampai Kena Tunggu 6 Bulan!
BACA >>> Spesifikasi Mitsubishi Outlander (2021) Serba Baharu: Dimensi, Ciri Dipertingkat

2. Pandu Uji 2U

Servis atas talian ini mula ditawarkan MMM pada Mei 2020 yang membolehkan pelanggan membuat permohonan sesi pandu uji dari rumah. Pelanggan perlu melengkapkan beberapa maklumat dan pengedar rasmi Mitsubishi akan membawa kenderaan ke lokasi diingini.

3. Bantuan Tempahan

Pelanggan perlu buat permohonan secara atas talian dan petugas di pengedar rasmi MMM akan menghubungi anda untuk melengkapkan permohonan dari segi pinjaman pembiayaan hingga urusan insurans.

4. Bantuan Tukar Beli

MMM menjalinkan kerjasama dengan premis jualan kereta terpakai atas talian, MyTukar yang membolehkan pelanggan Mitsubishi menikmati promosi istimewa apabila menjual kenderaan mereka secara tukar beli (trade-in) melalui bilik pameran digital.

Jika berminat, pelanggan boleh mengisi borang permohonan untuk pemeriksaan, proses serahan, pemindahan dan hak milik serta penyerahan kereta yang dijual mengikut lokasi diingini mengikut keselesaan.

MMM juga sudah melancarkan aplikasi mobil, MITSUBISHI CONNECT untuk perkhidmatan selepas jualan secara digital. Pemilik Mitsubishi boleh membuat tempahan servis penyelenggaraan, memeriksa rekod penyelenggaraan dan peringatan servis kenderaan akan datang.

Related

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bilik Pameran Maya, Mitsubishi Connect, Mitsubishi Malaysia, Mitsubishi Online Showroom, Test Drive 2U Mitsubishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev