PADA 3 Mac lalu, Aston Martin F1 Team melancarkan jentera pasukan itu, yang dikenali AMR21 dengan penampikan cukup memukau ramai pemerhati, terutama peminat sukan permotoran lumba kereta itu, Formula Satu (F1).
BACA >>> Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1
Pemilihan warna hijau kebiruan sebagai warna utama adalah tribut kepada jentera lumba Aston Martin era 50-60-an, DBR1 sebagai model ikonik dekad tersebut yang memenangi Le Mans, dan jentera F1 terakhir Aston Martin, DBR4 sebelum pasukan itu menyepikan diri dan muncul semula tahun ini. Garisan aksen merah sepanjang sisi badan ialah warna syarikat penaja, BWT.
Walaupun berwajah serba baharu, AMR21 hanya evolusi daripada jentera Racing Point RP20 yang diubah suai dengan spesifikasi terkini daripada Mercedes seperti suspensi belakang dan enjin baharu.
Namun, sudah menjadi kebiasaan pasukan F1 untuk tidak mendedahkan semua pembaharuan jentera ketika majlis pelancaran. Jadi, apa yang kita lihat ini bukanlah jentera yang siap sepenuhnya.
Jentera ini akan dipandu pelumba Belgium-Kanada, Lance Stroll dan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel yang berhijrah dari Ferrari. Gandingan pasukan dan duo pelumba baharu ini diberikan harapan tinggi untuk meraih sesuatu dalam aksi F1 musim ini.
BACA >>> #Spyshot: Ferrari Pandu Uji SUV Pertama?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
SUMBER: roadandtrack.com
Leave a Reply