• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Pasaran Motosikal Indonesia Paling Teruk Terjejas 2020, Honda Rugi 2 Juta

Pasaran Motosikal Indonesia Paling Teruk Terjejas 2020, Honda Rugi 2 Juta

March 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA ialah pasaran motosikal dan skuter ketiga terbesar global tetapi tahun 2020 menyaksikan negara republik itu mengalami kemerosotan paling teruk di dunia, mencatat jualan cuma 3.7 juta unit. Ada dua penyumbang jualan susut iaitu pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi tempatan.

Jualan sepanjang tahun lalu turun 43.7 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia adalah jualan terkumpul paling rendah sejak 30 tahun lalu. Apabila pasaran motosikal Indonesia terjejas, hasil keuntungan pengeluar motosikal dari Jepun turut terjejas.

BACA >>> MAA: Jualan Kenderaan Malaysia Sepanjang 2020 Merosot 12.4 Peratus!

Mengapa? Mudah sahaja, banyak syarikat automotif Jepun terlalu bergantung harap kepada kekuatan pasaran domestik Indonesia dan memilih negara itu sebagai hab pengeluaran motosikal atau skuter dan mengeksport ke negara-negara lain di Asia Tenggara serta Amerika Selatan.

SEBAGAI perbandingan, Indonesia mencapai zaman kegemilangan apabila mencatat jualan motosikal dan skuter paling tinggi, 8 juta unit dalam setahun kira-kira sedekad lalu. Selepas itu, pasaran mula tepu dan jualan menurun sedikit demi sedikit hingga paras terendah 5.8 juta unit setahun (2017). Jualan motosikal merosot empat tahun lalu disebabkan kenaikan duti fiskal.

BACA >>> Cara Unik Pengedar Yamaha Indonesia Tarik Perhatian Pembeli, Gunting Rambut Dapat Motor

Pasaran motosikal tempatan Indonesia semakin pulih dan jualan naik hingga 6.53 juta pada tahun 2019. Berikut adalah antara jenama popular yang terjejas sepanjang 2020:

Honda yang mendominasi pasaran Indonesia mengalami penurunan jualan sebanyak 41.2 peratus atau lebih dua juta unit motosikal/skuter. Pesaing paling rapat, Yamaha pula hilang jualan 52.4 peratus, Kawasaki susut 34.9 peratus dan Suzuki dengan -44.7 peratus. Semua jenama alami kerugian teruk.

Kesan ke atas industri motosikal Indonesia bermula pada suku kedua (April hingga Jun) selepas kerajaan mengambil beberapa pendekatan untuk mengawal pandemik Covid-19 tetapi memberi impak negatif ke atas ekonomi dan permintaan barangan pengguna.

Jualan motosikal di negara lain juga terjejas akibat Covid-19 tetapi kembali pulih pada suku keempat (Oktober hingga Disember) tetapi keadaan ini tidak berlaku di Indonesia, jualan motosikal semakin menurun.

SUMBER: Motorcyclesdata

Related

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Covid-19 Indonesia, Ekonomi Pandemik Covid-19, Indonesia 2020, Jualan Motosikal Indonesia 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my