• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?

#TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?

March 8, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


STERENG ialah elemen penting bagi kereta, termasuk kenderaan empat roda lain. Macam mana nak pandu kereta kalau tiada stereng kan?

Pernahkah anda terfikir dalam banyak bentuk stereng di planet Bumi ini, kenapa bentuk bulat yang dipilih? Kenapa bukan segitiga, heksagon, melintang panjang atau segiempat? Tetapi kenapa stereng kereta Formula Satu (F1) tidak bulat pula? Jom kita selesaikan misteri ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?

PRINSIP ASAS

Inilah rekabentuk asal stereng kereta dulu-dulu.

Sebab utama stereng kereta direka bentuk bulat adalah berasaskan prinsip antaramuka pengguna (user interface). Asalnya, rekabentuk awal stereng berbentuk tuas dengan pergerakan sisi-ke-sisi untuk menggerakkan tayar. Namun, rekaan itu tidak sesuai dan kurang cekap dalam situasi memarkir kenderaan.

Jurutera mendapati hanya stereng bentuk bulat paling sesuai mengatasi situasi berkenaan. Ini juga sebab stereng kereta F1 tidak bulat kerana jentera tersebut tidak dibikin untuk pergi bersiar-siar, atau ke pejabat yang memerlukan pemandunya mencari petak parkir. 

SYAF STERENG (STEERING SHAFT)

Selain kos pembuatan murah dan penggunaan yang lebih selesa, setiap stereng ada syaf putar sebagai komponen utama. Jadi bentuk bulat memberikan genggaman sama dan ideal dalam setiap bahagian stereng yang memudahkan kereta dipandu atas jalan melengkung, berselekoh dan membulat (seperti bulatan) kerana pemandu boleh memutarkan stereng seberapa banyak dimahukan.

Aksi memutarkan tangan juga tidak memerlukan banyak pergerakan yang meletihkan dan dapat dilakukan dengan lancar.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?

SIMETRI LEBIH BAIK

pusing-stereng-1
pusing-stereng-2

Alasan lain kenapa stereng bentuk bulat ialah simetri. Ini memberikan berat stereng yang tidak berubah dalam sebarang posisi rehat. Jika bentuk selain bulat, simetri stereng akan jadi tidak seimbang dan menyukarkan pengendalian kenderaan. 

Ini kerana dalam situasi tertentu, stereng akan berada dalam kedudukan vertikal atau menegak, dan ini jelas menyukarkan pengendalian kerana terhalang dengan bentuk tidak seragam (jika bukan bulat). Keseragaman ditawarkan bentuk stereng yang bulat memberikan kawalan penuh terhadap sesebuah kenderaan.

Stereng bentuk bulat juga memudahkan penyenggaraan dan lebih mudah dikendalikan jika berlakukan situasi kecemasan.

BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
BACA >>> #PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SUMBER: carfromjapan.com

Related

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Kenapa Stereng Bulat, Roda Stereng, Stereng, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev