• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Maut, Van Kilang Remuk Kena Hempap Perancah Besi Lebuhraya SUKE

Dua Maut, Van Kilang Remuk Kena Hempap Perancah Besi Lebuhraya SUKE

March 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Dua wanita warga tempatan maut, manakala tiga lagi individu cedera apabila struktur di tapak pembinaan bertingkat Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh, petang semalam.

Semua mangsa, iaitu empat wanita dan seorang lelaki yang juga pemandu van kilang, terperangkap di bawah runtuhan tersebut dalam insiden yang berlaku dekat Desa Tun Razak menghala ke Ampang, Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 6.23 petang dan seramai 68 anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan untuk operasi menyelamat.

Di tempat kejadian, van kilang itu didapati remuk teruk dan ada lima mangsa terperangkap di dalam. Operasi menyelamat melibatkan bantuan kren untuk membawa keluar semua mangsa yang mengambil masa kira-kira setengah jam. Berikut kronologi operasi menyelamat dilakukan:

  • Mangsa 1 - Lelaki, 47 tahun, dikeluarkan 8.53 malam, cedera parah
  • Mangsa 2 - Wanita, 51 tahun, dikeluarkan  9.15 malam, cedera
  • Mangsa 3 - Wanita, 54 tahun, diselamatkan 9.17 malam, cedera
  • Mangsa 4 - Wanita, 40-an, dikeluarkan 9.19 malam, meninggal dunia
  • Mangsa 5 - Wanita, 40-an, dikeluarkan 9.26 malam, meninggal dunia

Dua mangsa disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM untuk rawatan lanjut.

 

Operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Ambulans Swasta Malaysia (MASPAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan SMART TEAM.

Polis mengesahkan menerima maklumat awal mengenai sebuah treler membawa jengkaut melanggar struktur binaan SUKE berhadapan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Impak rempuhan itu dipercayai menyebabkan berlaku runtuhan dan menghempap van tersebut.

Pemaju projek pembinaan SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd mengesahkan kemalangan berlaku selepas sebuah treler membawa ‘lebihan muatan’ melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya SUKE.

Pihak syarikat juga mengesahkan treler itu tidak terlibat dalam pembinaan Lebuhraya SUKE. Kemalangan disahkan berlaku dekat Bandar Tasik Selatan yang menyebabkan kesesakan teruk kedua-dua arah.

SUMBER: InfoRoadblockJPJ/Polis

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Lebuhraya SUKE, Van Kilang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my