• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger Raptor X Edisi Khas - Pertama Warna Merah di Malaysia, RM216k

Ford Ranger Raptor X Edisi Khas - Pertama Warna Merah di Malaysia, RM216k

March 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Ford Ranger Raptor X Edisi Khas (2021) baharu berwarna merah (True Red) untuk pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans, RM216,888.

Berikut perincian mengenai pilihan baharu Ford Ranger Raptor X Edisi Khas (2021):

  • Didatangkan dengan fungsi kamera 360º, dua perakam video digital (DVR) Kenwood dan aksesori tambahan seperti dekal badan halilintar Raptor X serta karpet kaki edisi khas. Ini juga Raptor merah pertama ditawarkan ke pasaran Malaysia.
  • Menggunakan trenkuasa 2.0L diesel Bi-Turbo dan transmisi automatik 10-kelajuan dengan teknologi PaddleShift yang menghasilkan 211hp @ 3,750rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm.
  • Unit DVR Kenwood menyediakan fungsi rakaman definisi tinggi (HD) Quad termasuk rakaman pandangan malam (night vision).
  • Unit infotainment serasi dengan peranti Apple iOS dan Android serta disediakan bersama kad memori 32GB.
  • Casis Ranger Raptor ditala untuk kelajuan dan ketahanan pemanduan off-road. Ini trak pikap pertama Malaysia yang menggunakan sistem suspensi FOX Racing Shox dan plat rempuh (bash plate) bawah enjin, manakala kedua-dua rodan dipasangkan sistem brek cakera.
  • Gril depan jenis blok, sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu depan, lampu kabus dan lampu siang (DRL).
  • Juga dilengkapkan Sistem Pengurusan Rupa Bumi (TMS) dengan enam mod pratetapan untuk pemanduan atas pelbagai kondisi jalan. Tetapan boleh dibuat semudah memusingkan tombol.
  • Ciri keselamatan standard disediakan terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Pengesan Pejalan Kaki dan Kenderaan, Amaran Pelanggaran Depan (FCW) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).


Setiap pembelian dipakejkan waranti lima tahun atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu). Maklumat lanjut mengenai Raptor Edisi Khas ini boleh layari www.sdacford.com.my.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2020) Baharu dengan Ciri Dipertingkat, Harga Mula RM208k
BACA >>> Ford F-150 (2021) Tawar Ciri Kerusi Depan Boleh Baring Rata!

Ford Raptor X Visual 2
Ford Raptor X Visual 1
Rear Raptor X Badge
Ligtning Bolt Decal
Dual Digital Video Recorder
Raptor X Special Edition Mat
Raptor X Logo

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: enjin Ford Ranger Raptor, Ford Raptor, SDAC-Ford, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Trak pikap, Trak pikap Ford Merah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev