• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron

Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron

March 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA gambar paten mendedahkan Honda sedang merancang memasang dron pada motosikal elektrik yang sebenarnya masih dalam proses pembangunan.

Honda baru saja memfailkan paten seperti gambar didedahkan itu yang mana menunjukkan dron tersebut ditempatkan pada ekor motosikal. Sebenarnya, ini kali pertama dron dipasangkan pengeluar pada motosikal.

Honda pula bukan pemain utama dalam segmen motosikal elektrik walaupun pernah mengetengahkan scrambler elektrik CR Electric Proto pada 2019.

FUNGSI DRON

Honda percaya dron boleh membuat kiriman barang seperti pek bateri kepada penunggang motosikal lain yang terkandas, atau digunakan untuk menghubungi pasukan kecemasan. Dron juga boleh digunakan sebagai kipas untuk bantu menyedut udara panas daripada motor elektrik dan menyalurkan keluar melalui fairing belakang motosikal.

Honda juga mahu menunjukkan produk motosikal elektrik masa depan jenama itu mampu membantu mengecas semula peranti elektronik seperti dron.

 

Satu lagi kemungkinan, dron itu boleh diterbangkan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai kejadian kemalangan atau berkomunikasi dengan kenderaan lain bagi tujuan keselamatan.

KEBAIKAN DRON

 

Teknologi dron mungkin boleh membantu meningkatkan keselamatan penunggang motosikal dengan mendapat gambaran awal mengenai bahaya trafik di depan melalui pembangunan teknologi seperti:

  • Sistem Penerbangan Autonomi
  • Sistem Kawalan Jauh (remote)
  • Sistem Bantuan Penunggang
  • Sistem Kawalan Kelajuan
  • Sistem Adaptif
  • Sistem Pendaratan (docking)

BACA >>> BSH Perkenal Honda Wave 125i (2021) Baharu, Harga RM6.4k
BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

IMPLIKASI DRON

Bagaimanapun, selain manfaat pemantauan trafik kepada penunggang, dron juga boleh membawa beberapa keburukan seperti menyebabkan gangguan dengan kehadiran kesesakan peranti terbang di ruang udara. Mungkin terlalu awal untuk membuat sebarang justifikasi kerana motosikal elektrik dengan dron masih belum muncul atas jalan.

Namun, jika tujuan motosikal elektrik dibangunkan untuk kegunaan pasukan penyelamat dan penguatkuasaan, tiada masalah ruang udara sesak dan lebih banyak manfaat dapat diperoleh. Apapun nantikan saja pengumuman Honda.

SUMBER: OmniMoto

Related

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Dron, Honda, motosikal elektrik, Motosikal Elektrik Honda, Teknologi Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my