• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 5 Cara Tukarkan Kereta Lama Anda Jadi Kereta Moden

#ApaNakBuat: 5 Cara Tukarkan Kereta Lama Anda Jadi Kereta Moden

September 9, 2016 By Azhan O 1 Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA tidak perlu pun berbelanja berguni wang untuk memiliki kereta baharu atau seakan baharu dengan ciri moden. Sebenarnya, dengan sedikit naik taraf teknologi ringkas, termasuk penyelesaian aftermarket dan aplikasi, anda dapat sentiasa kekal up to date! Lain daripada itu, anda cuma perlu jaga hal penyenggaraan, rajin membelai dengan mencuci dan gunakan tayar terbaik supaya kereta lama anda kekal remaja dan muda dari segi prestasi dan gaya.

1. KAMERA UNDUR @ PANDANG BELAKANG @ UNDUR

kamera-undur
Di Amerika Syarikat (AS), pemasangan kamera undur atau pandang belakang diwajibkan sebagai ciri standard bagi semua kenderaan di negara itu menjelang 2018. Mungkinkah Malaysia turut mengikut jejak sama? Apapun, kebanyakan pengeluar hari ini sebenarnya sudah mula melengkapkan produk mereka dengan ciri kamera undur, terutama varian premium.

Bagaimana jika kereta anda tiada kamera undur? Anda boleh dapatkan kamera undur aftermarket di kedai aksesori kereta terdekat dengan pelbagai pilihan jenama dan harga. Anda boleh dapatkan kamera undur semurah di bawah RM100, tidak termasuk paparan LCD.

Sekarang, kereta anda sudah seperti yang terdapat dalam kereta moden lain hari ini yang memuatkan ciri seperti bantuan parkir, lampu malam dan garisan skala jarak untuk memudahkan meletak kenderaan. Malah, model kamera undur terbaik menawarkan ciri kalis air dan dapat dipasang dengan cantik pada mana-mana kenderaan dalam masa beberapa minit sahaja. Dalam kes tertentu, memasang kamera undur memerlukan kerja pendawaian yang membabitkan lampu undur.

2. TELEFON TABLET

telefon-tablet
Anda mungkin cemburu dengan kereta moden hari ini yang dibekalkan sistem infotainment tersendiri. Tetapi, siapa cakap anda tidak mampu memilikinya? Ke mana lagi harus dituju kalau bukan kedai aksesori kereta untuk dapatkan paparan infotainment aftermarket yang siap dengan perisian terbina dalam mesra Android dan iOS.

Mahu lebih kreatif? Kami cadangkan anda beli sebuah telefon tablet bersaiz 7-inci (sama seperti saiz paparan infotainment) untuk diletakkan khas dalam kereta anda. Jangan lupa belikan sekali pemegang gajet. Tidak perlu telefon tablet mahal, pada harga di bawah RM500 anda sudah dapat memilikinya.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kunci Kereta Tidak Boleh Pulas, Bagaimana Atasinya?

Selepas beli, muat turun aplikasi yang dapat membantu tugas memandu anda seperti sistem navigasi, strim muzik, koleksi lagu dan video dan tempat-tempat penting dan menarik. Selain digunakan sendiri, telefon tablet itu juga dapat memberi hiburan kepada penumpang dalam kereta, terutama ketika perjalanan jauh.

Elok juga kalau telefon tablet mempunyai rangkaian sendiri, di mana anda boleh dapatkannya di mana-mana kedai telekomunikasi berhampiran sama ada pra atau pasca bayar. Ini penting supaya anda sentiasa dapat mengakses Internet selain boleh membuat panggilan kepada sesiapa saja. Barulah nampak real seperti kereta moden!

3. APLIKASI TELEFON PINTAR

waze-android
Ini sudah jadi satu kemestian tidak kira sama ada anda pemilik kereta lama atau baharu. Penggunaan aplikasi tepat pastinya dapat membantu memudahkan pemanduan, misalnya Waze atau Google Maps untuk sistem navigasi yang bukan saja memberikan panduan arah jalan, tetapi juga membantu anda mengelak kesesakan trafik.

4. SISTEM INFOTAINMENT

sistem-infotainment
Jika anda tidak kisah menukar panel audio yang original, anda mungkin boleh mempertimbangkan memasang sistem infotainment aftermarket untuk kereta anda. Kelebihan sistem infotainment berbanding telefon tablet adalah ia dipasang terus pada papan pemuka. Jadi panel papan pemuka anda nampak lebih kemas dan tidak berserabut dengan segala wayar berjuntaian di tengah cermin depan.

BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

Konfigurasi sistem infotainment juga lebih mudah untuk diakses, manakala aplikasi dalam telefon sememangnya dikhaskan untuk memandu. Malah, boleh juga dihubungkan dengan telefon pintar anda menerusi sistem wayarles Bluetooth atau sambungan port USB atau auksiliari. Harga gajet bermula RM500 ke atas. Bagi jenama audio kereta seperti Kenwood dan Pioneer, harga sistem infotainment boleh mencecah ribuan ringgit.

5. BERSIH DAN SENGGARA

gilap-kereta
Ini ialah prinsip asas supaya kereta lama anda nampak baharu, iaitu membersihkan dan menyenggara. Di bawah ini ialah beberapa tip yang boleh dibuat:

  • Beli Tayar Terbaik
    Tayar profil tinggi mampu berikan pengendalian terbaik dan keselamatan. Dengan tayar baharu hebat, kereta anda lebih mudah dipandu dan anda rasa lebih selamat dan dalam kawalan.
  • Cucian Teliti
    Anda mesti jadi seorang pemilik yang pantang melihat kotoran dan cela pada badan kereta. Anda juga perlu kerap menvakum dan mencuci kenderaan. Dalam setahun kereta mesti digilap dengan lilin khas.
  • Lindungi Dalaman Kereta
    Anda boleh membuat sedikit pelaburan dengan membeli pelindung lantai, pembalut komponen yang kerap digunakan seperti roda stereng dan gear. Ini termasuk membalut kerusi dengan sarung khas.
  • Jaga Senggaraan
    Inilah perkara paling penting. Sila pantau dan patuhi jadual penyenggaraan dengan betul. Jika perasan sebarang bunyi dan ragam, segeralah ke bengkel. Sentiasa periksa tekanan tayar, dan paras bendalir untuk mengelak sebarang masalah besar.

SUMBER: Proctocars.com

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, kereta lama jadi moden, Roda4

Comments

  1. epoy says

    November 30, 2016 at 12:25 PM

    tq atas perkongsian

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev