PASUKAN MotoGP Malaysia, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT) secara rasmi memperkenalkan pelumba baharu, Valentino Rossi yang akan berlumba bersama anak didiknya, Franco Morbidelli dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.
Sebelum musim 2020 ditunda akibat pandemik Covid-19, Rossi sebenarnya dalam dilema sama ada mahu bersara atau meneruskan karier lumbanya musim ini. Apatah lagi selepas pasukan pengilang Monster Energy Yamaha memilih melanjutkan kontrak pelumbanya Maverick Vinales, dan merekrut naik pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo.
BACA >>> Walaupun ke Pasukan Satelit, Rossi Kekal Dapat Sokongan Teknikal Pasukan Pengilang
BACA >>> Rossi Akan Tentukan Masa Depan Selepas 6, 7 Perlumbaan dengan Petronas SRT
Akhirnya Julai tahun lalu, Rossi mengambil keputusan untuk terus berlumba selepas menyertai beberapa saingan awal musim lalu.
Rossi dilamar Petronas Yamaha SRT pada Julai lalu dengan mengambil alih pelana ditinggalkan Quartararo dan akan berlumba dengan Morbidelli yang sudah memasuki musim ketiga bersama pasukan satelit itu.
Rossi berkata;
Aku sangat gembira. Ini satu pengalaman baru untuk aku. Aku tak sabar untuk sesi ujian (pramusim) dan kejuaraan bermula. Aku sebenarnya suka seragam motor ini, begitu juga helmet dan sut. Aku rasa kami dah sedia."
Dalam dunia MotoGP, Rossi ialah satu-satu pelumba dalam sejarah kejuaraan itu yang memenangi kelas perlumbaan dalam dua era, iaitu 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP.
Sementara itu, bos Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali dalam sidang akhbar bersama media tempatan menyatakan pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu Rossi mencapai impiannya.
“Ini cabaran buat kami. Kami akan bangunkan semula prestasi dan bekerjasama dengan Rossi untuk jadi lebih kompetitif. Mungkin sukar, tetapi kami akan bekerjasama supaya dia jadi lebih kompetitif. Kami percaya dia masih ada potensi,” katanya.
Mengenai sasaran Petronas Yamaha SRT dalam saingan MotoGP 2021, Razlan secara terang-terangan menyatakan dua pelumba pasukan itu yakin dan percaya untuk meraih kejuaraan musim ini.
Kami nak jadi 'The Best Independent Team' sekali lagi dan bersaing untuk kejuaraan dunia.”
Sumber gambar: Instagram SRT | ValeYellow46
Leave a Reply