• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan

#Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan

February 28, 2021 By Han Othman Leave a Comment

944
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Melaka menafikan tuduhan pemilik akaun Facebook yang mendakwa kawalan lalu lintas untuk orang kenamaan adalah punca kemalangan pada 26 Februari lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya, JSPT terkesan dengan satu hantaran di Facebook, semalam, mengenai isu berkenaan dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 223 Akta Telekomunikasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial tersebut.

Pemilik Facebook itu mendakwa insiden berlaku pada jam 9. 40 pagi kelmarin ketika dia dalam perjalanan ke bank dan terbabit kemalangan dengan motosikal dari arah sama di persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah disebabkan tindakan polis trafik mengiringi orang kenamaan melalui jalan berkenaan.

BACA >>> #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
BACA >>>  #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah

Berdasarkan siasatan, JSPT Melaka mengakui mendapat satu laporan kemalangan jalan raya dibuat pengadu dan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. Bagaimanapun, sehingga sekarang penunggang motosikal tersebut masih belum membuat laporan polis. Justeru usaha mengesan sedang dijalankan.

Hasan Basri berkata, kemalangan itu sebenarnya tiada kena mengena dengan sebarang tugas mengiring orang kenamaan seperti dituduhnya. Apa berlaku adalah anggota polis tersebut sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong, Tampoi.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, anggota trafik sedang melancarkan pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkutan membawa berhala (patung) dari arah bandar Melaka menghala ke arah Jalan Krubong.

Jadi tindakan dilakukan ada selaras Seksyen 21(1)(a) Akta Polis 1967 iaitu mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas. Malah, selaras dengan arahan Pengarah JSPT nombor 7 mengawal lalu lintas jika berlaku kesesakan.

Berikut status panas pemilik Facebook tersebut yang mencetuskan kemarahan nerizen;

Kisah semalam, abang ingin pergi ke bank untuk mengirim wang kepada mak, di simpang jalan, tiba-tiba ada polis yang mengiringi orang besar tiba-tiba menghalang jalan di saat lampu trafik berwarna hijau.

"Abang terkejut tetapi masih sempat membrek kereta dan berhenti. Namun ada penunggang motosikal tidak sempat berhenti dan melanggar kereta abang dari belakang.

"Pihak itu hanya melihat dan berlalu pergi. Begitulah cerita rakyat marhaen. Memberi ruang jalan kepada mereka yang besar. Abang tidak jadi ke bank sejurus kejadian sebaliknya ke balai polis untuk selesaikan urusan kemalangan. Kiriman wang kepada mak juga tertunda. Maafkan kami mak. Insya-Allah minggu depan pula."

Related

944
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), JSPT Melaka, kemalangan, polis, Polis Melaka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev