• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah

#Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah

February 27, 2021 By Han Othman Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSPEK kedua dalam insiden Proton Waja yang nekad melarikan diri dari polis dengan merempuh sebuah lori dan sebuah Perodua Myvi diberkas polis kira-kira jam 11.45 malam tadi di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor.

Berdasarkan siasatan polis, suspek itu, yang dikenali sebagai Bob Mah Sing, 40-an, memiliki 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Susulan penangkapan tersebut, dua suspek itu akan direman hari ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958

Dalam insiden petang semalam, tular beberapa video di media sosial yang memaparkan aksi dua anggota polis menembak tayar Waja dipandu suspek selepas cuba melarikan diri dengan bertindak ganas melanggar dua kenderaan di depannya di persimpangan lampu isyarat Bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

Suspek didapati bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun kereta dipandu ketika itu tersekat di tengah dua kenderaan berkenaan. Suspek pertama berusia 35 tahun, ditangkap pada petang semalam di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam.

BACA >>> #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
BACA >>> BMW F750GS Terbukti Mampu Bantu Polis London Kurangkan Kes Jenayah Moped

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Polis Tembak Tayar Waja, Proton Waja, tular, Waja Lari dari Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev