• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Cara Unik Pengedar Yamaha Indonesia Tarik Perhatian Pembeli, Gunting Rambut Dapat Motor

Cara Unik Pengedar Yamaha Indonesia Tarik Perhatian Pembeli, Gunting Rambut Dapat Motor

March 1, 2021 By Aryon Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR Yamaha di Indonesia ada cara tersendiri untuk menarik perhatian peminatnya, iaitu bekerjasama dengan kedai gunting rambut terkenal di sana dengan menawarkan hadiah Aerox Connected ABS serba baharu (Malaysia: NVX).

Yamaha DDS Jabodetabek berkolaborasi dengan kedai gunting rambuat Captain Barbershop untuk mengadakan program istimewa atas talian dinamakan ‘Giveaway Keren Maksimal’.

Program itu dibuka khas buat peminat Yamaha dan Captain Barbershop di kawasan Jabodetabek bermula 15 Februari hingga 15 Mac ini yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah Rp80 juta (RM22,700) kepada 18 pemenang bertuah, terdiri daripada:

  • 9 jaket Yamaha Maxi
  • 6 unit helmet MTX
  • 3 unit Aerox Connected ABS serba baharu

Syarat penyertaan pula sangat mudah, iaitu datang potong rambut di Captain Barbershop sekitar Jabodetabek, kemudian follow Instagram @yamahajabodetabek.id dan @captainbarbershopid, serta isi maklumat diri ketika buat bayaran.

Yamaha mendakwa kolaborasi itu nyata menarik perhatian peminat Yamaha dan mereka yang berminat menyertai program istimewan berkenaan.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha NVX (2021) Dikesan di Malaysia, Perubahan Sama Seperti Aerox 155 Connected?
BACA >>> Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Captain Barbershop, Kedai Gunting Rambut, roda2, skuter, skuter advencer, Yamaha Aerox Connected ABS, Yamaha DDS Jabodetabek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev