• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geng Curi Motosikal Sungai Buloh 'Terciduk'

Geng Curi Motosikal Sungai Buloh 'Terciduk'

February 25, 2021 By Aryon Leave a Comment

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GENG curi motosikal, dikenali 'Kumpulan Azhar' tumpas dalam 11 serbuan berasingan dilakukan polis di Sungai Buloh, Hulu Langat dan Rawang sejak 1 Februari hingga 18 Februari lalu.

Dalam serbuah berkenaan, polis menahan seramai 14 ahli kumpulan, termasuk seorang lelaki warga Indonesia dan dua wanita berusia 16 hingga 41 tahun dengan merampas lima motosikal, lima rangka dan satu blok enjin motosikal serta sepasang rim motosikal dengan jumlah keseluruhan RM30,000.

Polis juga mengenal pasti 15 kes kecurian motosikal didalangi geng berkenaan dan 12 kes berjaya diselesaikan setakat ini, yang mana jenis model  jadi sasaran ialah Yamaha, Modenas dan Honda.

Geng tersebut dikatakan akan meleraikan komponen dan membuang rangka motosikal curi itu ke dalam tasik atau sungai berhampiran. Semua komponen curi itu turut digunakan sendiri atau dijual kepada rakan berminat dengan harga dijual lebih rendah daripada harga pasaran.

Malah, geng itu juga menjual motosikal dicuri kepada pendatang asing pada harga antara RM500 hingga RM1,000 mengikut jenis atau model motosikal.

 

Semakan mendapati 10 suspek didapati memiliki dua hingga lapan rekod lampau mengenai jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati sembilan suspek positif dadah. Semua suspek kini direman hingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri motosikal.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
BACA >>> Grip-Lock: Peranti Antikecurian Motosikal Saiz Poket yang Mudah Guna dan Berkesan

KREDIT FOTO: Kosmo

Related

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Curi Motosikal, Geng Curi Motosikal, jenayah, Kumpulan Azhar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev