TOYOTA Yaris menambah varian edisi khas untuk pasaran Thailand untuk model sedan dan hatchback yang dikeluarkan dalam unit terhad pada harga jualan bermula 624,000 baht (RM84,050).
Dua model sedan dan hatchback itu dinamakan sebagai Yaris PLAY dan Yaris Ativ PLAY yang kedua-duanya dihasilkan 1,500 unit sahaja,. Berdasarkan imej promo, versi edisi khas ini menumpukan wanita muda sebagai sasaran pembeli.
Berikut spesifikasi ditawarkan Yaris PLAY dan Ativ PLAY:
- Menampilkan gril hitam berkilat, dan lencana PLAY di belakang, manakala kemasan luaran dicat warna Ice Pink Metallic dengan rim aloi dwi-tona.
- Ada penyusun but, iaitu bekas untuk menambah kapasiti komparmen bagasi.
- Ruang kabin menggunakan skema warna Dark Mulberry (ungu), manakala kerusi menggunakan kemasan kulit hitam dan putih dengan sulaman kontras Dark Mulberry.
- Dilengkapkan sistem penyaman udara baharu dan penapis udara PM2.5.
- Cermin depan ditambah baik untuk penebatan bunyi dan penyerapan haba lebih baik yang membantu mengurangkan bahang dalam kabin.
- Dilengkapi monitor pandang panoramik (PVM) dengan paparan keliling 360º menerusi empat kamera sekeliling kereta.
- Ada kluster instrumen Optitron dengan paparan maklumat TFT 4.2 inci, stereng multifungsi dan cermin pandang belakang auto-malap.
- Unit infotainment skrin sentuh 6.7 inci kini serasi Apple CarPlay.
- Ciri lain diberikan ialah sisten punat tekan-mula (push-start), dan dua palam USB untuk penumpang belakang.
- Sistem sambungan PLAY Connect Car Telematics memiliki fungsi utama seperti navigasi, amaran kawasan parkir, paparan masa memandu, halaju purata, analisis paten memandu, paparan status kereta, ergonomik kenderaan dan sistem amaran keselamatan.
- Antara ciri standard pada Yaris PLAY dan Ativ PLAY ialah lampu utama LED automatik, lampu susur Follow-Me-Home, lampu navigasi, lampu kabus dan lampu belakang LED, antena sirip yu, wiper automatik, cermin pandang belakang boleh laras-lipat, dan sistem anti-kecurian.
- Turut dilengkapkan dengan sistem had halaju automatik Speed Auto Lock dan teknologi keselamatan termaju Toyota Safety Sense, terdiri daripada amaran pra-perlanggaran (PCW), amaran tukar lorong (LDW) dan bantuan kekal lorong (LKA).
- Hatchback Yaris PLAY ditawarkan dalam dua varian: PLAY Sport dan PLAY Sport Premium dengan harga jualan 634,000 baht (RM85,420) dan 709,000 baht (RM95,560).
- Sedan Ativ PLAY juga terdapat dalam dua varian sama pada harga 624,000 baht (RM84,050) dan 699,000 baht (RM94,210 ).
- Di Malaysia, Yaris ialah versi hatchback, manakala model sedan dinamakan Vios.
BACA >>> Toyota GR Yaris Lebih Murah di Indonesia? RM131k Sahaja
BACA >>> Toyota Yaris (2020) Facelift Buka Tempahan, Harga Mula RM72k!
Leave a Reply