• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!

Motosikal Batman Dilelong, Harga Batpod Dijangka Cecah Lebih RM400K!

September 6, 2016 By Han Othman 3 Comments

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda peminat adiwira, Batman yang cukup kaya raya, mungkin motosikal ini boleh dimasukkan dalam senarai koleksi jentera dua roda dalam garaj peribadi anda. Ini kerana satu daripada Batcycle - dengan nama rasmi, Batpod - yang  dijadikan prop dalam premis filem The Dark Knight dan The Dark Knight Rises arahan Christopher Nolan dan lakonan Christian Bale kini dilelong di Britain.

Casis Batpod adalah rekaan kustom sepenuhnya dan dikuasakan enjin Honda 750 dengan tayar lumba Hoosier 31", manakala material badan diperbuat daripada gentian kaca. Namun, motosikal ini memerlukan beberapa hal penyenggaraan kecil seperti menukar bendalir, bateri, tangki minyak dan kawalan terotel baharu. Jika anda ambil peduli tentang hal kecil tersebut, anda hampir pasti dapat menunggang motosikal ini secara nyata!

Ya, seperti anda bayangkan, prop filem asli ini semestinya bernilai tinggi. Walaupun terdapat sedikit kerosakan pada cagakan senapang sebelah kiri yang berlaku semasa sesi penggambaran filem, Batpod dijangka dapat dijual antara AS$80,000 (RM325,956) hingga AS$106,000 (RM431,891). Sesi lelongan akan berlangsung pada 27 September ini di rumah lelongan Prop Store.

Video YouTube di bawah ini ialah sedutan aksi Batman menunggang Batpod dalam filem The Dark Knight.

Di bawah ini pula foto Batpod yang diambil daripada laman web Prop Store.

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Batcycle, Batcycle dilelong, Batman, Batpod, Christian Bale, Christopher Nolan, motosikal Batman, roda2, The Dark Knight, The Dark Knight Rises

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my