• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Aksi Drift Nissan Skyline R33 yang Cantik di Jalan Gunung

#Videotomotif: Aksi Drift Nissan Skyline R33 yang Cantik di Jalan Gunung

September 5, 2016 By Azhan O Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Skyline R33 ialah antara anak yang kurang dikenali dalam ahli famili jenama penuh legenda itu. Ya, walaupun menawarkan prestasi kereta yang juga mengagumkan, termasuk rekabentuk ada gaya dan ciri pemanduan mantap, R33 masih gagal menyaingi populariti dua saudaranya, R32 dan R34. Namun, harus diakui R33 tetap sebuah jentera buas yang seronok dipandu!

Kereta dalam video YouTube di bawah ini ialah R33 dengan tanda nama GTS-T, iaitu model pertengahan dalam barisan Skyline yang dikeluarkan sekitar 1990-an. Berbanding model GT-R yang lebih mahal, GTS-T didatangkan dalam sistem pacuan roda belakang (RWD) saja. Ini bermakna, model ini mempunyai kelebihan beraksi drift dengan cantik.

BACA >>> Nissan Skyline GT-R V.Spec II Nür (2002) yang Masih Berbau Kedai Ini Bakal Dilelong!

SISTEM RWD

Walaupun tanpa sistem pacuan semua roda (AWD) seperti dimiliki saudaranya, GTS-T masih sebuah jentera berenjin enam sebaris dengan pengecajturbo berkuasa 246hp dalam bentuk standard. Tetapi, pemilik R33 dalam video ini mahukan lebih uumph dengan menaik taraf kuasa enjin kepada 300hp sebelum nekad melakukan aksi drift di sebuah trek bukit tertutup dekat Itali.

Terima kasih kepada 18Bozzy92, kita kini mampu menyaksikan sendiri bagaimana R33 melayan selekoh-selekoh di sepanjang laluan gunung yang sempit dan berliku. Sudah tentu kepakaran cukup teruji kerana sedikit kesilapan dilakukan mampu mengundang padah. Namun, walaupun nampak berbahaya, tetapi si pemandu mendakwa dia tahu apa yang dilakukan. Ini bermakna, dia cukup pakar sebelum berani melakukan aksi ekstrem tersebut.

BACA >>> Nissan Skyline BNR34 V-Spec II - Jentera Jalanan Terbaik

Nasihat kami, jangan sesekali cuba jika baru berlatih 2-3 kali di belakang rumah!

SUMBER: RoadAndTrack.com

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, GTS-T, Nissan, Nissan Skyline, Nissan Skyline R33, video drift, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev