HONDA mengemas kini barisan famili CB untuk pasaran India dengan memperkenalkan CB350RS (2021) yang akan dijual pada harga 196,000 rupee (RM10,858), dan turut sama di pasaran bersama H'Ness CB350. Kedua-dua model ialah unit khas pasaran negara Asia Selatan itu dan dijual menerusi wakil pengedar Honda BigWing.
Atas kertas, CB350RS (2021) ini bersama saudaranya H’Ness CB350 akan bersaing dengan model lawan seperti Royal Enfield Meteor 350 dan Benelli Imperiale 400.
Setakat ini, wakil pengedar motosikal Honda di India, Honda 2Wheelers mendapat respon positif daripada pembeli mengenai H’Ness CB350 apabila sudah menjual 10,0000 unit model tersebut. Justeru CB350RS dijangka meneruskan momentum jualan yang sama.
BACA >>> Spesifikasi Honda CB650R, CBR650R (2021) Facelift: Lancar di Malaysia, Harga Mula RM43k
BACA >>> Royal Enfield Thunderbird 350 'Spartan' - daripada Scrambler Jipang Jadi Cruiser Tampan
Berikut spesifikasi CB350RS (2021):
- Menggunakan casis kradel separa dupleks (half-duplex cradle) bersama rekabentuk kontemporari gaya neo retro dengan lampu depan bulat LED.
- Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Black White Pearl Sports Yellow (kuning) dan Radiant Red Metallic (merah).
- Bahagian pemuka menampilkan kluster instrumen semi-digital, manakala pelana tampil dengan rekaan tekstur gaya klasik.
- Ciri lain ialah rim aloi bentuk-Y, tayar lebar, fork dengan pelindung getah, lampu LED penuh, lampu belakang pada pelana, dan plat skid.
- Enjin patuh BSIV (sama seperti Euro6) jenis 4-lejang silinder tunggal 348.36cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 20.7hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm dengan transmisi manual 5-kelajuan yang disertakan bersama ciri klac antigelincir Slipper & Assist (A&S), kawalan tork HSTC.
- Kapasiti tangki minyak 15 liter, dan berat kerb 179kg.
- Jarak roda 1,441mm, tinggi pelana 800mm dan jarak lega bumi 168mm.
- Saiz tayar ialah 100/90-19M/C 57H (depan) dan 150/70-17M/C 69H (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal 310mm (depan) dan 240mm (belakang) dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Menggunakan sistem suspensi fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
Jan says
Kalau masuk malaysia, kecik kan cc jadi 250,harga bawah 10k, confirm laku keras.
Donald Jo says
Bila launch kat Malaysia dua² model ni? Sy tgu ni. 350cc pun okay. Honda Big Wings, bring this in please!!
akbal says
HONDA BIG WINGS
When is this Honda Modal CB350 Launching here in MALAAYSIA
John says
10ribu kat indian kat malaysia 30k confirm... mcm ktm250 saya 22 ribu.. kat india baru 10k...