• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / India Lancar Motosikal Elektrik Mirip Sportbike Kawasaki, Harga Mula RM7k

India Lancar Motosikal Elektrik Mirip Sportbike Kawasaki, Harga Mula RM7k

February 16, 2021 By Aryon Leave a Comment

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT pemula (start-up) di India, Kabira Mobility melancarkan motosikal elektrik pertama jenama itu, KM 3000 dan KM 4000 yang mana penghantaran akan dibuat Mei ini.

KM 3000 tampil dengan rekabentuk mirip Kawasaki Ninja 300 dan dijual pada harga  126,990 rupee (RM7,040), manakala KM 4000 pula meminjam rekabentuk Z1000 dan berharga 1,36,990 rupee (RM7,590).

Kedua-dua model elektrik itu dijana motor elektrik dan bateri berkapsiti berbeza seperti berikut:

  • KM 3000 - Motor elektrik 6kW | Bateri 4.0kWh
  • KM 4000 - Motor elektrik 8kW | Bateri 4.4kWh

Tempoh mengecas 0-80 peratus ialah 50 minit dengan pengecas pantas, dan boleh dipercepatkan sepantas 6 jam 20 minit jika menggunakan pengecas Eco Charge yang dikeluarkan syarikat itu.

KM 3000 dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 100kmj, manakala kelajuan maksimum KM 4000 ialah 120kmj. Jarak tunggangan pula 60-120km untuk KM 3000, dan 90-150km (KM 4000). Antara ciri dimiliki motosikal elektrik ini ialah kluster instrumen dengan konektiviti Bluetooth dan lampu LED.

Buat masa ini, motosikal elektrik masih tiada pesaing kecuali untuk Revolt RV400 yang berharga 119,000 rupee (RM6,600). Menurut Kabira Mobility, pengeluar itu akan menjual dua model tersebut di 27 wakil pengedar seluruh Goa, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat.

BACA >>> SONDORS Metacycle - Motosikal Elektrik Amerika dengan Berat Cuma 91kg
BACA >>> VinFast Theon - Lagi Skuter Elektrik Dilancarkan di Vietnam

KM 3000

km-3000-1
km-3000-2
km-3000-3
km-3000-4
KM-3000-5
KM-3000-6
KM 4000

KM-4000-1
KM-4000-2
KM-4000-3
KM-4000-4
KM-4000-5
KM-4000-6

Related

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kabira Mobility, KM 3000, KM 4000, motosikal elektrik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev