• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GR Yaris Lebih Murah di Indonesia? RM131k Sahaja

Toyota GR Yaris Lebih Murah di Indonesia? RM131k Sahaja

February 16, 2021 By Azhan O Leave a Comment

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA GR Yaris dilaporkan bakal tiba di Indonesia yang dianggarkan dijual pada harga Rp453 juta (RM131,380) berdasarkan foto bocor lampiran dokumen daftar kenderaan baharu tahun ini.

Ini bermakna Indonesia akan menjadi negara Asean ketiga selepas Thailand dan Malaysia yang terlebih dahulu menerima kehadiran hatchback prestasi tinggi itu.

Menariknya harga di Indonesia jauh lebih murah daripada dua negara jiran tersebut, iaitu Malaysia, ~RM286,000, dan Thailand, 2.7 juta baht (~RM363,000).  Malah harga itu jauh lebih rendah daripada model prestasi lain seperti Honda Civic Type yang berharga Rp814 juta (RM236,120).

GR Yaris dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA-B), sama seperti Toyota Yaris global dengan kod nama XP210. Bezanya, model ini menggabungkan teknologi yang diambil daripada platform TNGA-C.

Sebagai makluman, Yaris XP210 (foto bawah) tidak dijual di pasaran Indonesia, atau mungkin belum. Ini kerana pasaran China dan Asean mendapat Yaris yang berbeza daripada model Jepun dan global. GR Yaris dijana enjin 1,600cc G16E-GTS Turbo yang menghasilkan kuasa antara 259hp dan 270hp, dan tork antara 360Nm dan 370Nm. Sistem transmisi pula jenis manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan empat-roda (4WD) GR-Four.

Agaknya berapa unit GR Yaris yang dibawa masuk ke Indonesia nanti? Kalau di Malaysia, semua model 200 unit habis terjual dalam masa tidak sampai sebulan.

BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!
BACA >>> Toyota GR Yaris 'Laku Keras' dalam Permainan Video Gran Turismo Sport, 310k Unit Terjual!

Toyota GR Yaris Malaysia_42
Toyota GR Yaris Malaysia_43
Toyota GR Yaris Malaysia_45
Toyota GR Yaris Malaysia_41
Toyota GR Yaris Malaysia_26

Related

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Roda4, Toyota, Toyota GR Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev