JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sebentar tadi mengemas kini maklumat mengenai peraturan cermin gelap (tinted) untuk kenderaan yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook agensi Kerajaan tersebut.
Kali terakhir JPJ mengemas kini peraturan baharu cermin gelap adalah pada 8 Mei 2019 yang mana Kerajaan ketika itu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Kementerian Pengangkutan diterajui mantan menteri, Anthony Loke Siew Fook.
Antara peraturan baharu digubal ialah kadar telus cahaya cermin depan hingga 70 peratus dan cermin sisi (50 peratus), manakala cermin belakang (0 peratus, tanpa had). Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang mahu menggelapkan kenderaan mereka melebihi peratusan ditetapkan (lebih gelap) boleh membuat permohonan khas kepada JPJ atas tujuan keselamatan dan kesihatan.
Bagi permohonan atas faktor keselamatan, pemilik dikenakan fi RM50, dan tambahan RM5,000 sekiranya diluluskan. Tempoh sah penggunaan cermin gelap khas itu adalah dua tahun dan perlu dimohon semula selepas tamat.
Menurut JPJ lagi, mana-mana pemandu yang memandu kenderaan tanpa mematuhi had cermin gelap ditetapkan boleh dikompaun RM300, atau denda RM1,000, atau penjara dua minggu, atau kedua-duanya.
Kenapa Kerajaan caj RM5,000 untuk permohonan faktor keselamatan? Baca SINI. Nak tahu lebih lengkap mengenai peraturan cermin gelap kenderaan? Baca pautan di bawah ini:
BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]
BACA >>> Cermin Gelap: Bukan Tuan Punya Kereta Pun Boleh Kena Saman!
Leave a Reply