MITSUBISHI Triton VGT baharu menjadi trak pikap pertama di Malaysia menggunakan enjin diesel aluminium dengan penawaran prestasi lebih berkuasa dan jimat minyak.
Masih lagi mengekalkan varian sedia ada, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut memperkenalkan varian baharu iaitu Mitsubishi Triton VGT Adventure X dengan menampilkan warna baharu dan lebih sporty.
HARGA: (Termasuk GST & insurans)
- Mitsubishi Triton VGT Adventure X 4x4 AT - RM128,800
- Mitsubishi Triton VGT Adventure 4x4 AT - RM121,800
- Mitsubishi Triton VGT 4x4 AT - RM112,800
- Mitsubishi Triton VGT 4x4 MT - RM105,780
- Mitsubishi Triton 4x4 MT - RM91,800
- Mitsubushi Triton Quest 4x2 MT - RM75,800
JAMINAN
- Tiga tahun atau 100,000km bersama percuma penyenggaraan selama dua tahun.
ENJIN ALUMINIUM
Dikuasakan blok aloi aluminium turbo diesel 2.4L MIVEC dengan VGT, Mitsubishi Triton baharu ini menampilkan hamburan kuasa lebih tinggi selain mampu menjimatkan minyak sehingga 15 peratus.
Berbanding versi terdahulu, enjin aluminium pada Mitsubishi Triton VGT baharu ini 30kg lebih ringan. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 178hp dan tork puncak 430Nm.
KABIN SENYAP
Biarpun hadir sebagai trak pikap, MMM berjaya menambahbaik kadar kesenyapan ruang kabin (NVH) untuk menjadikan ia lebih seronok dipandu.
APA YANG MENARIK
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, Mitsubishi Triton VGT Adventure X didatangkan dengan aksesori Shield Extender bagi bampar hadapan, bar sport baharu beserta fullbox dan rim dwi-warna bersaiz 17-inci. Ia juga menerima warna baharu iaitu Impluse Blue (biru).
Manakala varian sedia ada turut menerima peningkatan dari segi;
- Lampu hadapan Bi-Xenon HID automatik
- Lampu siang LED
- Lampu kabus belakang
DALAMAN KEKAL
Ruang dalaman trak pikap baharu ini masih kekal sama. Ia dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci, Kawalan Suhu Dua Zon dan pedal anjakan. Tugasan ruang hiburan diserahkan kepada sistem audio sesentuh bersama kamera undur.
Semua model 4x4 juga dilengkapi sistem Easy Select 4WD. Pemandu boleh menukar daripada 2WD kepada 4WD tanpa perlu memberhentikan kenderaan, tetapi kelajuan tidak melebihi 100kmj. Bagaimanapun, penukaran kepada 4WD-Lo bagi penggunaan jalan off-road memerlukan pemandu memberhentikan kenderaan.
Bagi anda yang berminat mahu memandu uji dan membuat tempahan, Mitsubishi Triton VGT Adventure X akan berada di bilik pameran Mitsubishi mulai 23 September.
Leave a Reply