• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Spesifikasi Honda X-ADV (2021) Filipina, Harga RM67.5k

Spesifikasi Honda X-ADV (2021) Filipina, Harga RM67.5k

February 15, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru saja melancarkan X-ADV (2021) untuk pasaran Filipina yang juga negara Asean pertama menerima skuter advencer itu. Dijual pada harga 803,000 peso (RM67,500), model baharu itu kini boleh didapati di pengedar Honda terpilih seluruh Filipina.

X-ADV (2021) generasi baharu ini menampilkan beberapa kemas kini signifikan dari segi rekabentuk dan ciri. Di Malaysia, kali terakhir X-ADV diperkenalkan Boon Siew Honda (BSH) pada 2018 pada harga kira-kira RM61,000, serentak bersama Africa Twin.

BACA >>> BSH Umum Harga: X-ADV (RM61k) dan Africa Twin (RM74k) di Malaysia!
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

  • Casis kini 1kg lebih ringan berbanding model lama. Skuter ini menawarkan prestasi menakjubkan atas permukaan jalan biasa dan off-road.
  • Sistem lampu kini menggunakan teknologi LED penuh, dengan lampu utama LED automatik direka baharu lebih tajam dan rekaan lampu siang (DRL) yang baharu.
  • Kini dibekalkan ciri lampu henti kecemasan (ESS) yang akan berkelip automatik apabila menunggang membrek mengejut.
  • Visor angin lebih lebar dan boleh laras dalam 5-tetapan.
  • Ada bar aluminium 2.5mm sebagai salah satu ciri off-road untuk tunggangan lasak.
  • Pelana diperbaharui untuk posisi duduk lebih selesa dengan ketinggian pada 820mm.

  • Kapasiti tangki minyak mampu mengisi 13.2 liter petrol.
  • Ruang simpanan bawah pelana seluas 22 liter yang mampu mengisi satu helmet, dan ada juga kompartmen kecil 1.2 liter di bahagian pemuka. Ciri pengecasan kini menggunakan palam USB bagi menggantikan soket kuasa 12V.
  • Kluster instrumen LCD TFT 5 inci memaparkan maklumat tunggangan dan turut menyokongkan konektiviti telefon pintar dan fon kepala. Juga dilengkapkan dengan sistem arahan suara menerusi telefon pintar, termasuk fungsi panggilan, e-mel, navigasi dan muzik.
  • Ciri baharu lain dimiliki ialah kunci pintar, dan signal belok mati sendiri selepas membelok.
  • Bahagian roda menggunakan rim 17 inci dengan tayar 120/70 di depan dan 15 inci dan 160/60 di belakang.
  • Sistem brek terdiri daripada dwi-brek cakera 41mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal di belakang.
  • Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Trenkuasa kini lebih berkuasa dan patuh Euro5, dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 754cc penyejukan cecair berkuasa 57.8hp @ 6,750rpm dan tork 69Nm @ 4,750rpm, manakala transmisi jenis dual-klac (DCT) 6-kelajuan dengan mod manual. Gear boleh dianjakkan menggunakan suis jenis punat.
  • Antyara bahagian ditambah baik ialah sistem ambilan dan ekzos, manakala ligatan enjin dipertingkat hingga 7,000rpm
  • Ada lima mod tunggangan ditawarkan: Standard, Sport, Rain, Gravel dan Personalization.
honda-x-adv-2021-filipina-3
honda-x-adv-2021-filipina-8
honda-x-adv-2021-filipina-10
honda-x-adv-2021-filipina-9
honda-x-adv-2021-filipina-11
honda-x-adv-2021-filipina-1
honda-x-adv-2021-filipina-2
honda-x-adv-2021-filipina-7
honda-x-adv-2021-filipina-12
honda-x-adv-2021-filipina-13
honda-x-adv-2021-filipina-4
honda-x-adv-2021-filipina-5
honda-x-adv-2021-filipina-6

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda PH, Honda X-ADV (2021), roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev