• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKP 2.0: Sekolah Memandu Boleh Operasi Mula Esok, Termasuk Pusat Latihan Penerbangan

PKP 2.0: Sekolah Memandu Boleh Operasi Mula Esok, Termasuk Pusat Latihan Penerbangan

February 11, 2021 By Han Othman Leave a Comment

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN hari ini membenarkan operasi institut memandu dan pusat latihan penerbangan bermula esok dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam usaha memulihkan sektor ekonomi terjejas.

Keputusan terbaharu itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi membabitkan perkhidmatan latihan pemanduan, kurikulum pendidikan pemandu (KPP) 01, 02 dan 03, perkhidmatan praujian pemanduan, perkhidmatan ujian teori dan praktikal litar serta jalan raya.

BACA >>> PKP 2.0: Institut Memandu Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

sekolah-memandu-1
Pandulaju-5-Perkara-Sekolah-Memandu-6

Waktu operasi institut memandu dibenarkan bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam. Pengajar dan calon wajib memakai pelitup muka sepanjang masa dalam kenderaan, tidak boleh menunggu dan hanya calon untuk slot latihan atau ujian sahaja dibenarkan berada di premis institut memandu pada satu-satu masa.

Mengenai operasi pusat latihan penerbangan, kebenaran diberikan membabitkan pentadbiran di Approved Training Organization (ATO), termasuk Type Rating Training Organization (TRTO), Flying Training Organization (FTO), Flying Club - Instruction in Flying (FC-IIF).

Pentadbiran latihan berulang yang mandatori bagi menampung operasi penerbangan awam dibenarkan untuk juruterbang, jurutera penerbangan, pengawal trafik udara, kru kabin, kakitangan sekuriti dan pengendali bahan berbahaya.

SOP ditetapkan pula, pelatih di ATO perlu terus kekal berada di situ dan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan rentas negeri atau daerah untuk pergerakan ke ATO atau dari ATO.

Pergerakan pelatih dari Semenanjung atau ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak tertakluk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, manakala semua kemasukan pelatih baharu ke ATO tertakluk kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan atas talian bagi pelatih di ATO dan kediaman sendiri.

Semua aktiviti latihan penerbangan boleh dilaksanakan selaras Garis Panduan Pengurusan Operasi CAAM dan ATO.

Menurut Ismail Sabri, kebenaran beroperasi untuk dua sektor itu diputuskan selepas pihaknya mendengar pembentangan yang dibuat Kementerian Pengangkutan.

BACA >>> KleinVision AiCar - Kereta Sport Terbang dari Slovakia yang Mampu Kembara 1,000km

Related

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Insititut Memandu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP 2.0, Pusat Latihan Penerbangan, Sekolah Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev