• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Vino (2021) Lancar di Jepun: Spesifikasi dan Harga

Yamaha Vino (2021) Lancar di Jepun: Spesifikasi dan Harga

February 10, 2021 By Aryon Leave a Comment

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Corporation di Jepun baru saja melancarkan skuter Vino (2021) versi baharu dengan rekabentuk diperbaharui yang mirip Yamaha Fino dan Honda Scoopy. Apa yang spesial mengenai model ini ialah enjin eSP 50cc dengan sistem henti-lahu yang diambil daripada enjin Honda.

Enjin baharu itu dibangunkan hasil kerjasama antara Yamaha dan Honda sejak 2016 yang mana Honda memiliki kepakaran dalam pembuatan skuter, manakala Yamaha pula mahu mengawal kos pengeluaran. Model ini dijual pada harga 203,500 yen (RM7,870), termasuk cukai.

BACA >>> Honda Scoopy - Skuter Gaya Retro yang Jadi Fenomena di Indonesia
BACA >>> Yamaha Fino Grande Tambah Warna Baharu - Merah, Khas untuk Wanita Tampil Elegan

Apakah yang menarik mengenai Vino (2021)?

  • Dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal`49cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 4.4hp @ 8,000rpm dan tork 4.1Nm @ 6,000rpm dengan transmisi automatik CVT V-Belt jenis sentrifugal klac kering.
  • Ada lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Fighting Red (merah), Virgini Beige (kuning cair), Mahogany Brown Metallic (coklat), Graphite Black (hitam), Irvine Denim Blue Metallic (biru gelap) dan Puco Blue (biru cerah).
  • Menggunakan sistem brek kombi untuk mengagihkan daya membrek lebih seimbang antara brek depan dan belakang.
  • Enjin dilengkapkan sistem henti lahu (idling-stop) yang akan dimatikan automatik apabila berhenti di lampu isyarat, dan dihidupkan semula apabila terotel dipulas. Menawarkan penggunaan abahan api lebih efisien.
  • Memiliki dimensi panjang 1,650mm, lebar 670mm, dan tinggi 1,015mm dengan jarak roda 1,180mm serta jarak lega bumi 105mm.
  • Kapasiti tangki mampu mengisi 4.5 liter petrol, manakala tinggi pelana 720mm. Berat bersih pula 81kg.
  • Tayar jenis tiubles bersaiz 80/100-10 46J (depan), dan 80/100-10 46J (belakang).
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan), dan dwi-absorber (belakang).
  • Bahagian konsol pemuka disediakan dua kotak utiliti jenis tutup dan terbuka di kiri dan kanan. Ruang kotak tertutup boleh mengisi botol minuman 500ml dan ada juga soket 12V untuk mengecas telefon pintar. Kotak utiliti terbuka pula boleh digunakan untuk meletakkan barangan kecil seperti kunci, syiling,  dan lain-lain.
  • Bahagian tengah ada cangkuk yang disediakan untuk menggantungkan dengan beban kurang 500 gram.
  • Ruang simpanan bawah pelana memiliki kapasiti 20 liter yang mampu memuatkan satu helmet jenis muka-separuh  dan baju hujan.
  • Ada kunci brek belakang yang boleh dikuncikan menggunakan tuil khas pada tuil brek kiri.
  • Ada pengatup kunci pada soket penghidup sebagasi ciri keselamatan untuk mengelak kecurian.
  • Panel meter jenis analog dan digital direka ringkas yang cuma memaparkan spidometer, jam dan bar petrol, termasuk indikator enjin, signal belok dan henti-lahu.
yamaha-vino-2021-japan-2
yamaha-vino-2021-japan-4
yamaha-vino-2021-japan-8
yamaha-vino-2021-japan-9
yamaha-vino-2021-japan-5
yamaha-vino-2021-japan-6
yamaha-vino-2021-japan-1
yamaha-vino-2021-japan-7
yamaha-vino-2021-japan-10
yamaha-vino-2021-japan-11
yamaha-vino-2021-japan-12
yamaha-vino-2021-japan-13
yamaha-vino-2021-japan-14
yamaha-vino-2021-japan-15
yamaha-vino-2021-japan-16
yamaha-vino-2021-japan-17
yamaha-vino-2021-japan-18
yamaha-vino-2021-japan-19
yamaha-vino-2021-japan-20
yamaha-vino-2021-japan-21
yamaha-vino-2021-japan-22
yamaha-vino-2021-japan-23
yamaha-vino-2021-japan-24
yamaha-vino-2021-japan-25

Related

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, Yamaha Vino (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev