• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?

Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?

September 5, 2016 By Han Othman 1 Comment

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEDAL syif @ pedal anjakan (paddle shift) boleh dikatakan sudah menjadi ciri biasa transmisi semi automatik bagi kebanyakan kereta moden hari ini. Ada dua cara menggunakan pedal syif, iaitu secara auto dan manual. Bagi auto, anda boleh mengetik pedal syif sama ada menaikkan atau menurunkan gear pada posisi auto (D - 3- 2). Sebaliknya, transmisi manual memerlukan anda memasukkan gear kepada posisi manual (M) yang memberikan anda kawalan penuh ke atas kereta menerusi penggunaan pedal anjakan.

Isunya, jika mod manual digunakan, apakah kereta anda berdepan risiko kerosakan jika pedal syif diturunkan secara drastik daripada gear tinggi kepada rendah, misalnya gear lima kepada satu?

JAWAPAN - TIDAK ROSAK

Anda sama sekali tidak akan merosakkan kereta dengan memilih melakukan pertukaran gear menggunakan pedal syif. Alasan bagi jawapan ini ialah sistem komputer yang mengawal transmisi tidak akan mudah membenarkan anda memilih gear tidak sepadan dengan kelajuan kereta atau rev enjin.

Tidak percaya? Anda boleh cuba turunkan gear secara drastik ketika sedang memandu laju di lebuh raya. Apa yang akan berlaku ialah gear anda mungkin tersekat pada pilihan gear ketiga sahaja. Kereta anda akan berbunyi atau mengelipkan cahaya, tetapi tetap tidak akan membenarkan anda menurunkan gear yang melampaui had rev.

semi-auto-shifter
pedal-anjakan

Dalam situasi lain pula, jika anda sedang memecut dan kekal dalam gear dua, kereta anda mungkin secara automatik akan bertukar kepada gear tiga sekiranya anda tidak melakukan sesuatu. Ataupun pengehad rev akan 'menendang' semula kelajuan enjin, sekali gus menjadikan kereta anda berat, berbunyi bising dan tidak sedap dipandu. Apapun, situasi berkenaan masih tidak mampu merosakkan kereta anda.

Sebagai tip, anda sebenarnya tidak perlu pun menggunakan pedal anjakan. Kotak gear moden hari ini direka cukup pintar untuk memilih gear rendah apabila diperlukan. Brek kereta moden pula cukup bagus untuk tidak memerlukan bantuan brek (BA) dalam hampir semua situasi. Ini kerana transmisi akan bertukar kepada gear rendah secara automatik untuk membantu tugasan membrek.

Lagipun, tiada faedah langsung dan tidak munasabah pula jika anda menurunkan gear ketika kereta sedang bergerak perlahan. Ini kerana gear rendah akan bertukar sendiri walaupun kereta anda berada dalam kawalan mod manual.

Sebenarnya, pedal syif tidak ubah seperti peranti pemasaran untuk membuatkan pemiliknya rasa seperti seorang pemandu sejati selain memberikan fiil seperti memandu kereta lumba. Walhal faktanya, pemanduan normal tidak terdesak memerlukannya. Jika digunakan pun, penggunaannya tetap kurang berbanding memandu menggunakan cara automatik biasa.

SUMBER: PracticalMotoring

Related

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, cara guna pedal anjakan, kotak gear rosak, paddle shift, pedal anjakan

Comments

  1. Alson P says

    December 15, 2020 at 3:41 PM

    Ye... Benar sekali.. walaupun Dalam mode manual, gear tetap bertukar secara automatic apabila rev terlalu rendah atau terlalu tinggi... Saya sudah mengalaminya...
    Manumatic semakin pintar

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev