• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Bocor Foto Nissan Kicks (2021) Versi China

#Spyshot: Bocor Foto Nissan Kicks (2021) Versi China

February 5, 2021 By Han Othman Leave a Comment

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Kicks boleh dianggap sebagai model yang mendapat layanan istimewa di Asean menerusi pelancaran Kicks e-Power di Thailand sebelum menyusul negara jiran lain selain Jepun.

Terbaharu bocor pula Kick (20s1) versi terbaru, dikatakan model khas pasaran China yang dilihat tidak jauh berbeza dengan model kenderaan utiliti sukan (SUV) versi Asean.

Mengenai rekabentuk, Kicks (2021) versi China ini kelihatan mirip unit Thailand seperti gril signatur V-motion, lampu utama, perumah lampu kabus, rel bumbung dan bampar sporty. Antara yang dapat dikesan ialah warna badan dwi-tona pada model Thailand, sebaliknya model China menggunakan skema warna sekata.

Jadi apa yang berbeza?

Perbezaannya, rupa belakang Kicks versi China memiliki panel reflektor horizontal yang bersambung dengan lampu belakang, manakala lencana 'Nissan' masih kekal di posisi sama. Bagaimanapun, rekabentuk lain seperti bampar, difuser, antena sirip yu adalah sama seperti model Thailand. Cuma model Thailand tiada lampu kabus belakang di tengah, mungkin kerana bukan syarat lulus kenderaan di negara itu.

 

Berbenza trenkuasa hibrid Kicks (2021) versi Thailand, model China itu akan menggunakan enjin 4-silinder HR15DE aspirasi natural (NA) 1.5L berkuasa 122hp. Transmisi pula dijangka mengekalkan kotak gear automatik CVT.

Wakil pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sejak 2019 pernah dilaporkan akan memperkenalkan Kicks untuk pasaran negara ini. Namun, sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan terbaharu. Mungkin krisis penularan Covid-19 banyak menjejaskan segala perancangan.

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
BACA >>> ETCM Sah Perkenal Nissan Almera Serba Baharu, Termasuk Kicks, Sylphy dan Leaf

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan Kicks, Nissan Kicks Versi China, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my