• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKP 2.0: Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut dan Cuci Kereta Sudah Boleh Buka Esok!

PKP 2.0: Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut dan Cuci Kereta Sudah Boleh Buka Esok!

February 4, 2021 By Azhan O Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS mendengar keluhan rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, Kerajaan akhirnya membenarkan tiga lagi jenis perniagaan untuk beroperasi, iaitu pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat, bermula esok.

Keputusan terbaharu itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media mengenai perkembangan PKP sebentar tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Kerajaan menilai segala risiko dan jumlah kluster dihasilkan tiga aktiviti perniagaan berkenaan.

Pasar malam dibenarkan beroperasi bermula 4 petang hingga 10 malam dengan melakukan penjarakan sosial 1 meter setiap kedai, pengasingan laluan keluar dan masuk, dan ada pengawasan anggota RELA yang memantau pergerakan pengunjung.

Kedai gunting rambut dan salun pula boleh beroperasi hingga 10 malam, tetapi hanya perkhidmatan gunting rambut dibenarkan. Rawatan muka dan kecantikan lain masih tidak dibenarkan.

 

SOP ketat perlu dipatuhi pekerja seperti wajib memakai pelindung muka (faceshield) dan lebih baik kalau ada pelitup muka (facemask), manakala apron digunakan jenis pakai buang, iaitu satu apron untuk setiap pelanggan dan satu sarung tangan untuk  pekerja gunting rambut. Gunting dan sikat pula mesti dicuci dengan air panas sebelum digunakan pelanggan baharu.

Selain kedai gunting rambut, pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi hingga 10 malam.

BACA >>> PKP 2.0: Bantuan Tunai RM500 Kepada Pemandu e-Hailing, Teksi, Kereta Sewa dan Bas
BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anggota Kereta, Auto Terkini, bilik pameran, Cuci Kereta, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kedai Cuci Kereta, Pasar Malam, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, PKP 2.0, Salun 3.0L

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev