• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19

Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19

February 4, 2021 By Azhan O Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NEGERI Kadunia di Nigeria menandatangani kerjasama dengan syarikat logistik menggunakan dron, Zipline untuk menghantar vaksin Covid-19 menggunakan dron dalam usaha menjimatkan kos pembelian peti sejuk bersuhu ultra-rendah.

Kerjasama Kerajaan Kaduna dengan Zipline itu juga melibatkan penghantaran produk darah berasaskan atas permintaan (on-demand), termasuk perubatan dan vaksin lain. Zipline sebelum ini sudah menghantar lebih sejuta dos vaksin lain di Afrika sejak beberapa tahun lalu

Gabenor Kaduna, Nasir El-Rufai berkata, penghantaran itu akan memastikan berjuta-juta penduduk Kaduna kekal mendapat penjagaan kesihatan diperlukan.

Menurut Zipline pula, keupayaan pengedaran syarikat itu dapat mengelak pembelian peti sejuk bersuhu ultra-rendah, sekali gus membolehkan penghantaran vaksin Covid-19 dibuat dalam jumlah tepat secara atas permintaan dalam jumlah tepat. Malah, syarikat itu juga sudah sedia bekerjasama dengan pengeluar vaksin Covid-19 ternama dunia untuk akses di semua pasaran yang dimasuki.

Perkhidmatan dron ditawarkan Zipline ketika ini melibatkan penghantaran darah, vaksin dan kelengkapan perubatan lain di Ghana, Rwanda dan Amerika Syarikat. Malah, syarikat itu turut berunding dengan negeri lain dalam Nigeria.

Banyak negara Afrika berdepan masalah rangkaian simpanan sejuk dan akses jalan raya, termasuk kereta api yang menyukarkan penghantara vaksin Covid-19 dibuat kerana memerlukan simpanan suhu ultra-rendah.

Vaksin Pfizer misalnya perlu disimpan pada suhu -70ºC sebelum dihantar ke pusat agihan yang menempatkan peti khas diisi ais kering. Ini membuatkan Nigeria lebih menumpukan kepada vaksin yang kurang bergantung kepada fasiliti penyejukan.

BACA >>> Elak Sentuhan Fizikal Cegah Covid-19, Tata Motors Serah Kereta dalam Belon Plastik
BACA >>> PKP 2.0: Pengusaha Gunting Rambut Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

SUMBER: TheStar

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Dron, Kaduna, Nasir El-Rufai, Nigeria, Penghantaran Dron, Vaksin Covid-19, Zipline

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev