• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Filipina Perkenal Warna Baharu TMX 125 Alpha (2021), Harga RM4.3k

Honda Filipina Perkenal Warna Baharu TMX 125 Alpha (2021), Harga RM4.3k

February 3, 2021 By Aryon 2 Comments

646
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA TMX
sudah menjadi sebahagian dunia motosikal di Filipina sejak 1976 dan kehadiran model itu boleh dianggap mencapai taraf legenda, sama seperti EX-5 di Malaysia.

TMX digunakan pelbagai lapisan masyarakat sama ada dijadikan pantra (motosikal kerja berat), atau pengangkutan peribadi untuk bersantai atau ulang-alik kerja. Model ini juga kekal menjadi pilihan ramai penunggang Filipina yang bekerja dalam bidang penghantaran, termasuk penunggang kasual kerana lasak dan mudah disenggara.

Terbaharu Honda tampil mengemas kini TMX 125 Alpha (2021) dengan menambah baik kombinasi sproket dan warna kusam baharu untuk terus menabur jasa kepada penduduk Filipina. Berikut perincian mengenai model jipang tersebut:

BACA >>> Motor Jipang 'Pantra' Jadi Trend Unik Penunggang Filipina
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70

  • Kini boleh didapati dalam warna Matte Armored Silver Metallic (kelabu kusam). Kemasan baharu itu diharapkan mampu menarik minat penunggang muda yang mahu menjadikan model tersebut sebagai motosikal kustom pertama.
  • Menampilkan kombinasi gigi sproket baharu, iaitu 15 (depan) dan 38 (belakang) untuk memberikan penjimatan bahan api, selain menambah baik pecutan dan kelajuan maksimum.
  • Antara sebab TMX popular sejak 1970-an ialah enjin jenis 4-lejang injap atas (OHV) yang kekal tidak berubah. Trenkuasa itu bukan saja sangat mudah dan murah disenggara, tetapi juga memiliki banyak komponen aftermarket dan tulen (OEM) di pasaran.
  • Menawarkan penjimatan bahan api 62.5km per liter pada kelajuan 45kmj.
  • Enjin OHV Honda ini juga kerap menjadi mangsa plagiat pengeluar China untuk dipasangkan pada motosikal mereka kerana memiliki rekabentuk binaan yang ringkas dan mampu milik.
  • Selain warna baharu, TMX 125 Alpha (2021) juga boleh didapati dalam warna Candy Ruby Red dan Black.
  • Memiliki dimensi panjang 1,904mm, lebar 754mm dan tinggi 1,026mm, manakala jarak lega bumi 156mm dan tinggi pelana 759mm.
  • Sistem brek jenis dram untuk kedua-dua roda, dan suspensi jenis fork teleskopik dan dwi-absorber.
  • Berat kerb ialah 113kg, dan kapasiti tangki minyak 8.6 liter.
  • Harga jualan 51,400 peso (RM4,330) dan kini boleh didapati di semua pengedar Honda seluruh Filipina.
honda-tmx-125-alpha-2021-brosur
honda-tmx-125-alpha-2021-brosur-2
honda-tmx-125-alpha-2021-logo
honda-tmx-125-alpha-2021-black
honda-tmx-125-alpha-2021-candy-ruby-red
honda-tmx-125-alpha-2021-matte-armored-silver-metallic

SUMBER: HondaPH

Related

646
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda TMX, Honda TMX 125 Alpha (2021), Jipang, motosikal jipang, roda2, sportbike, streetbike

Comments

  1. Jan says

    February 6, 2021 at 11:18 AM

    aikkk ini honda CG125 kan? hahaha

    moto ni ada lagi kat rumah bapak.

    Reply
  2. Rehan Ahmad says

    October 9, 2022 at 3:52 PM

    Where we can buy in Malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev