TULAR dua rakaman video di media sosial dua pemandu saling bertegang urat dan saling menyalahkan satu sama lain dalam insiden yang berlaku dekat Hospital Serdang, Selangor, kira-kira jam 9.36 pagi, semalam.
Berdasarkan video didedahkan, kereta pemandu wanita itu, yang menurut perakam ialah pensyarah, didapati melakukan pusingan-U di tempat tidak dibenarkan di satu persimpangan lampu isyarat dekat hospital berkenaan.
Segalanya bermula apabila perakam (seperti memandu kenderaan jenis trak pikap) yang berada di laluan lurus dan lampu hijau membunyikan hon kepada pemandu wanita itu kerana nyaris terlanggar keretanya.
Berang kerana dihon, pemandu wanita itu bertindak mengejar kereta perakam tersebut dan langsung mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak enak didengar Berikut petika dialog yang dapat kami faham dan tuliskan semula di bawah ini: 😅
Kau dekat tempat hospital, kenapa biadap?!"
"Kalau accident tadi macam mana?! Masalahnya hijau! Orang jalan tengah hijau tadi!"
"P**m**! Kepala hotak kau!!!"
"Doktor macam ni?!! Doktor macam ni!!?
Jika melihat situasi video dan perbualan rakaman, pemandu wanita itu jelas melakukan kesalahan lalu lintas kerana melakukan pusingan-U di simpang jalan yang tidak dibenarkan. Jadi, mengikut undang-undang, memang sudah terang lagi bersuluh siapa yang bersalah dalam hal tersebut.
Pemandu wanita itu dikatakan seorang pensyarah berstatus 'doktor' di universiti ternama di Serdang, tetapi setakat ini tidak dapat disahkan kebenaran maklumat tersebut.
BACA >>> Kemalangan F1 di GP Bahrain Buktikan Peranti Halo Berguna Selamatkan Nyawa Pelumba
BACA >>>Â Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
Mash says
Kalau rasa power sangat, setel kat balai polis je..