• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Kuasai 41.6 Peratus Jualan 2020, Sasar Jual 240k Kereta Tahun Ini

Perodua Kuasai 41.6 Peratus Jualan 2020, Sasar Jual 240k Kereta Tahun Ini

February 3, 2021 By Han Othman Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mencatatkan jualan 220,163 unit sepanjang 2020, merosot daripada 240,341 unit yang dicapai pada 2019. Pecahan jualan mengikut model adalah seperti berikut:

  • Myvi - 66,330 unit
  • Axia - 59,651 unit
  • Bezza - 56,996 unit
  • Aruz - 22,494 unit
  • Alza - 14,691 unit
  • Model lain - 1 unit

Perodua menguasai 41.6 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) 2020 berjumlah 529,434 unit.

Perodua turut mensasarkan jualan 240,000 unit sepanjang tahun ini, meningkat 9 peratus daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020 berdasarkan permintaan tinggi model ditawarkan dan lanjutan pengecualian cukai jualan diberikan Kerajaan.

Perodua juga menjangka pembelian komponen tempatan sebanyak RM6.5 bilion tahun ini. Malah pengeluar nasional itu mahu  menambah stok kenderaan dengan menaikkan sasaran pengeluaran kepada 272,000 unit tahun ini, yang juga tertinggi dalam sejarah syarikat berkenaan, sekali gus mempercepatkan proses penghantaran kepada pelanggan.

SASARAN PERODUA

Perodua memnsasarkan peningkatan pengeluaran 23 peratus daripada 220,968 unit sepanjang 2020, dengan semua model mengandungi lebih 90 peratus komponen tempatan.

Ini termasuk sasaran peningkatan 20 peratus dalam pengambilan servisnya, daripada 2 juta unit pada 2020 kepada 2.4 juta unit tahun ini, terdiri daripada pelanggan semasa dan baharu.

Perodua akan mengubah pendekatan, dinamakan 'Perodua Smart Build' melibatkan segala aspek dalam perhubungan pelanggan, nilai dan operasi, terutama bahagian jualan, Perodua Sales Sdn Bhd. Pendekatan baharu itu bakal merevolusikan penawaran Perodua selain meningkatkan kemampuan operasi pengeluar tersebut.

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jualan Perodua 2020, Perodua, Sasaran Jualan Perodua 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev