• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 10 Kereta Paling Laris di Jepun Setakat Penggal Pertama 2016, Toyota Prius Laku Keras

10 Kereta Paling Laris di Jepun Setakat Penggal Pertama 2016, Toyota Prius Laku Keras

September 3, 2016 By Han Othman Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

model-jepun-laris-penggal-pertama-2016-bg
BERIKUT ialah 10 kereta paling laris di Jepun setakat enam bulan pertama 2016 berdasarkan data jualan dikeluarkan Persatuan Pengedar Automobil Jepun (JADA). Seperti biasa, senarai di bawah menyaksikan perubahan drastik dan di luar dugaan sepanjang penggal pertama tahun ini.

Bagaimanapun, fakta berkenaan bukanlah perkara luar biasa kerana pembeli kereta di Jepun sememangnya mempunyai kecenderungan membeli model tempatan baharu, di mana semakin dekat sesebuah kereta itu kepada jangka hayat pengeluaran, semakin merosot pula angka jualan.

model-jepun-laris-penggal-pertama-2016

Lihat saja jadual di atas, Toyota Prius generasi keempat menduduki tempat teratas mengatasi pesaingnya daripada label syarikat sama, Toyota Aqua. Jualan Prius mencatatkan peningkatan berganda berbanding tahun lalu, manakala pengeluaran Aqua merosot pada suku tahun pertama 2016.

MPV mini, Toyota Sienta pula ialah pendatang baharu dalam senarai 10 kereta paling laris Jepun. Apa yang mengejutkan, pada suku pertama tahun ini, Sienta langsung tiada dalam senarai 30 kereta terlaris di Jepun. Tiba-tiba sahaja model yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu itu melonjakkan diri 700 peratus di kedudukan ketiga. Kemungkinan pengenalan model bukan hibrid sedikit sebanyak membantu angka jualan Sienta.

HONDA VEZEL CURI TEMPAT

honda-vezel
toyota-voxy-

Honda Fit dan Nissan Note masing-masing mencatatkan angka jualan lemah apabila jatuh satu anak tangga. Semuanya gara-gara memberi tempat kepada kemunculan bintang baharu, Sienta. Sebuah lagi MPV, Toyota Voxy berjaya kekal dalam senarai walaupun mencatatkan jualan mendatar. Namun, Voxy adalah satu-satunya model dalam senarai 10 kereta paling laris di Jepun yang mengekalkan posisi jualan sama seperti tahun lalu.

Toyota Corolla pula tergelincir dua kedudukan. Sebagai makluman, Corolla generasi ke-11 itu ialah model lama berbanding model lain yang dilancarkan di Jepun sejak 2012. Honda Vezel naik satu anak tangga dengan sedikit peningkatan jualan yang 'dicuri' daripada pembeli Toyota Vitz yang mencatatkan kemerosotan jualan kira-kira 8 peratus.

Nissan Serena pula akhirnya berjaya memasuki senarai 10 terbaik daripada tempat ke-11 tahun lalu. Tersingkir daripada carta ialah Mazda Demio apabila jatuh daripada kedudukan ketujuh ke tempat ke-12, manakala Toyota Esquire tergelincir teruk daripada  tempat 10 ke kedudukan ke-18.

SUMBER: Best-Selling-Cars.com

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 10 kereta paling laris di Jepun, Auto Terkini, Honda, kereta laris penggal pertama 2016 di Jepun, Nissan, Roda4, Toyota, Toyota Prius

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev