• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKP 2.0: Pengusaha Gunting Rambut Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

PKP 2.0: Pengusaha Gunting Rambut Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

February 1, 2021 By Azhan O Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

\
PENGUSAHA kedai gunting rambut merayu Kerajaan melonggarkan syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 supaya mereka dapat meneruskan perniagaan yang ditutup sejak lebih dua minggu lalu.

Bendahari Persatuan Gunting Rambut India (PGRI) Pulau Pinang, V Tharmararaj berkata, semua pengusaha kedai gunting rambut hanya sempat beroperasi selama enam bulan sejak 10 Jun tahun lalu, sebelum diarahkan ditutup semula akibat PKP 2.0.

Malah, tidak kisah jika Kerajaan mahu mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk kedai rambut, asalkan dibenarkan beroperasi secepat mungkin.

Menurutnya, SOP kedai rambut adalah antara paling ketat. Buktinya, setakat ini belum ada lagi terdengar wujud kluster daripada perniagaan kedai gunting rambut.

V Tharmararaj, yang juga memiliki Kedai Gunting Rambut Brothers di Georgetown, Pulau Pinang, dipetik Bernama berkata;

Kami baru saja berpeluang untuk ‘pulih’ selepas terjejas teruk akibat PKP pertama, kemudian perlu ditutup semula.

“Sebanyak 60 kedai gunting rambut bernaung di bawah persatuan ini dan semua daripada golongan B40. Saban hari, kami (persatuan) menerima rayuan daripada mereka yang meminta tolong dari bentuk kewangan, kerana tidak mampu beli makanan untuk keluarga.”

Menurutnya lagi, walaupun dibenarkan beroperasi sejak Jun 2020, pendapatan harian mereka merosot 50 peratus, dan larangan operasi pada PKP 2.0 nyata memburukkan lagi keadaan.

PGRI juga tidak menggalakkan ahli persatuan mengambil tempahan gunting rambut di rumah pelanggan untuk mengelak risiko penularan wabak Covid-19.

Akibatnya, ramai ahli yang tukar bidang kerja. Ada yang menjual nasi lemak, jadi tukang masak, pekerja kilang sementara dan banyak lagi. Jadi kami sangat-sangat memohon pertimbangan kerajaan,” katanya.

Tharmararaj ialah generasi ketiga dalam perniagaan kedai gunting rambut di Kedai Gunting Rambut Brothers, yang sudah beroperasi selama 60 tahun. Jika situasi masih sama, perniagaan itu tidak mustahil terpaksa ditutup seperti kebanyakan kedai gunting rambut lain seluruh negara.

BACA >>> PKP 2.0: Presma Minta Kerajaan Benarkan Pelanggan Makan di Kedai Dua Orang Semeja
BACA >>> Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

SUMBER: Bernama

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kedai Gunting Rambut, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, PKP 2.0

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev