• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Bakal Bina Pusat R&D di Indonesia, Fokus Hasilkan Produk Tempatan dan Asean

Hyundai Bakal Bina Pusat R&D di Indonesia, Fokus Hasilkan Produk Tempatan dan Asean

January 29, 2021 By Han Othman Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik dari Malaysia ke Indonesia, Hyundai Motor Co nampaknya serius mahu meluaskan pasaran jenama itu di negara jiran tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motors Indonesia (HMID), Bapak Makmur mengesahkan Hyundai bakal membangunkan Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) di Indonesia dalam usaha menghasilkan produk yang menepati pasaran automotif di republik itu, dan tidak terkecuali Asean.

Pusat R&D itu dikatakan bukan saja memberikan manfaat besar untuk pasaran tempatan di Indonesia, tetapi juga eksport luar negara. Malah Hyundai juga akan memperkenalkan banyak barisan model baharu dalam usaha meningkatkan kesedaran pembeli di Indonesia yang banyak dipengaruhi model Jepun.

Terbaharu, Hyundai membawa masuk model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Palisade (foto atas kiri) untuk bersaing dalam segmen SUV saiz-pertengahan dan ke atas. Terdahulu, Hyundai turut memperkenalkan model elektrik (EV), Ioniq EV (foto atas kanan) dan Kona EV untuk bersaing dalam segmen EV di Indonesia.

Malah, kedengaran juga berita yang HMID bakal memperkenalkan model subkompak Kona versi dipertingkat (facelift) di Indonesia yang dijangka dilancarkan tahun ini.

BACA >>> Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia!
BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Kona (2020) di Malaysia, Harga Mula RM115k

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bapak Makmur, CVVD Hyundai, hyundai, Hyundai Motor Co, Pusat R&D, Pusat R&D Hyundai, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my