• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tesla Model X Kini Lebih Pelik dan Lebih Kuasa, Guna Stereng Ala Pesawat, Kuasa 1,020hp!

Tesla Model X Kini Lebih Pelik dan Lebih Kuasa, Guna Stereng Ala Pesawat, Kuasa 1,020hp!

January 29, 2021 By Azhan O Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TESLA nampaknya mahu menggerakkan seberapa banyak yang boleh sedan Model S dan crossover utiliti sukan (CUV) Model Y di atas jalan. Terima kasih kepada kemas kini terbaharu dilakukan yang membuatkan pengeluar itu tidak sukar hendak menjual model-model berkenaan.

Selepas Model S baharu menampilkan varian dinaik taraf, Plaid yang kini boleh dipandu sejauh 680km, varian sama turut diperkenalkan pada Model X

Model X bakal menyusul dengan ciri yang tidak kurang hebat daripada sedan Model S. Berbanding strereng tradisional, Model X baharu akan menggunakan stereng jenis 'yok' seperti kemudi pesawat terbang.

Juga dipanggil varian Plaid, SUV elektrik itu mampu meledakkan kuasa daripada 778hp kepada 1,020hp dengan pecutan 0-100kmj sepantas 2.5 saat.

Jarak pecutan suku batu (400 meter) dapat dibuat dalam masa 9.9 saat sahaja, manakala kapasiti tunda kekal 2.3 tan!

 

Kelajuan maksimum dipertingkat daripada 250kmj kepada 262kmj, dan bagi memperlahankan kelajuan buas itu, Model X ini dipasangkan brek cakera jenis karbon. SUV ini turut memiliki ciri pemvektoran tork untuk menambah baik pengendalian.

Varian Long Range masih memiliki jarak pemanduan lebih baik. Jika Plaid mampu dipandu 550kmj, Long Range pula mampu pergi sejauh 580kmj.

Menjengah ruang kabin, selain stereng pelik, pemandu akan dihidangkan unit instrumen skrin sentuh baharu baharu bersaiz 17 inci pada tengah papan pemuka. Juga ada beberapa perubahan minor pada luaran seperti rupa depan lembut dan difuser belakang baharu, serta diberikan opsyen rim 20 inci dan 22 inci.

Harga pula tidak murah, varian Long Range berharga AS$89,900 (RM364,410), dan Plaid dapat dimiliki pada harga AS$119,900 (RM48,6010).

BACA >>> Minyak Rambut Punca Penyandar Kepala Tesla Model 3 Melepuh, Tapi Tiada Waranti
BACA >>> Tesla Cybertruck - Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

tesla-model-x-plaid-2021-1
tesla-model-x-plaid-2021-2
tesla-model-x-plaid-2021-3
tesla-model-x-plaid-2021-4
tesla-model-x-plaid-2021-6
tesla-model-x-plaid-2021-7
tesla-model-x-plaid-2021-8
tesla-model-x-plaid-2021-9
tesla-model-x-plaid-2021-10
tesla-model-x-plaid-2021-11
tesla-model-x-plaid-2021-12
tesla-model-x-plaid-2021-13

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Elon Musk, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Tesla, Tesla Model X, Tesla Model X Plaid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev