• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Robot Hyundai DAL-e Ini Boleh Layan Pengunjung yang Datang Bilik Pameran Kereta

Robot Hyundai DAL-e Ini Boleh Layan Pengunjung yang Datang Bilik Pameran Kereta

January 27, 2021 By Han Othman Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Motor Group melancarkan robot khidmat pelanggan dinamakan DAL-e di sebuah pengedar di ibu kota Seoul dengan kemampuan mobiliti tinggi dan kebolehan berkomunikasi dengan orang ramai.

Menurut Hyundai, DAL-e dilengkapkan dengan teknologi kepintaran buatan (AI) termaju masa kini yang menyokong pengecaman muka, dan pada masa sama sistem komunikasi robot tersebut turut dibangunkan berasaskan platform multi-bahasa.

robot-hyundai-dal-e-2021-6
robot-hyundai-dal-e-2021-1

Berikut beberapa fakta menarik mengenai robot DAL-e:

  • Memiliki dimensi panjang 1,160mm, lebar 600mm dan tinggi 600mm, manakala berat 80kg.
  • Boleh menyambut dan melayan pelanggan dengan cara paling mesra, dan semula jadi, berserta komunikasi gestur interaktif dan lain-lain.
  • Boleh bercakap dengan pelanggan menerusi penyediaan maklumat tentang produk dan servis.
  • Juga ada kemampuan fleksibel untuk menggerakkan pelanggan ke kawasan yang dicari dalam sesebuah premis.
  • Penggunaan teknologi pengecaman wajah membantu DAL-e mengecam pengunjung yang datang berjumpa ejen jualan walaupun dalam keadaan wajah ditutup pelitup muka dalam kawasan premis.
  • Menawarkan ciri hiburan seperti menyambung dan memainkan kandungan pada skrin besar di bilik pameran. Caranya, DAL-e akan mengambil gambar dengan pelanggan atau berkomunikasi dengan mereka menggunakan gestur tangan.
  • Pelanggan juga boleh berkomunikasi dan mengarahkan DAL-e menerusi skrin sentuh yang disepadukan pada robot tersebut atau secara lisan.

Pada pelancaran itu, DAL-e menunjukkan kebolehan apabila diarahkan meringankan beban kerja staf di bilik pameran berkenaan.

DAL-e juga akan menjadi cara paling selamat dan berkesan untuk menyambut pelanggan dalam konteks musim pandemik Covid-19 yang mana masing-masing perlu melakukan penjarakan sosial dan mengelakkan kontak rapat.

 

Sebagai tambahan, DAL-e juga membantu sistem pengedaran Hyundai untuk beroperasi lebih lancar dan pantas ketika waktu sibuk.

Robot itu juga akan sentiasa dikemas kini menggunakan data terkumpul daripada sistem pengedaran di kawasan berbeza, sekali gus menjadikan reka cipta itu sesuatu yang cukup berguna dan versatil pada masa depan.

BACA >>> Robot yang Menunggang Mahu Cabar Rossi di Litar, Siapa Menang? Jom Undi Sekarang!

robot-hyundai-dal-e-2021-1
robot-hyundai-dal-e-2021-2
robot-hyundai-dal-e-2021-3
robot-hyundai-dal-e-2021-4
robot-hyundai-dal-e-2021-5
robot-hyundai-dal-e-2021-6

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DAL-e, Hyundai DAL-e, Hyundai Motor Group, Robot, Robot AI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev