SUZUKI bakal melancarkan Hayabusa generasi baharu atau GSX-R1000 pada 5 Februari nanti sempena pameran digital Suzuki Motorcycle Global Salon.
Pameran berkonsepkan teknologi realiti maya itu membolehkan pengguna mengunjungi reruai dengan cara paling intuitif. Bagaimanapun, teknologi pameran sebegitu bukanlah sesuatu diharapkan peminat Suzuki.
Berdasarkan rancangan, Suzuki akan melancarkan barisan motosikal baharu 2020 sempena ulang tahun ke-100 jenama itu diasaskan. Namun, krisis penularan Covid-19 yang melanda tahun lalu menjejaskan segala rancangan asal dan beberapa model patut dilancarkan terpaksa ditangguh hingga tahun ini.
Ada mendakwa antara model bakal dilancarkan itu ialah Hayabusa atau GSX-R1000 yang mana lakaran kedua-duanya sudah bocor seawal penghujung 2019.
Jika GSX-R1000 ialah model baharu, Hayabusa pula modal legenda yang dimunculkan semula Suzuki. Model tersebut kali pertama diperkenalkan pada 1999 sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2018 berikutan kegagalan memenuhi syarat emisi Euro5. Hayabusa juga motosikal komersial pertama mencecah had kelajuan hingga 321kmj.
Menurut sumber beberapa pemerhati, superbike tersebut masih menampilkan rekabentuk tipikal daripada generasi terdahulu tetang dibuat lebih bersegi. Motosikal itu juga akan dilengkapkan enjin 1,440cc yang mampu meledakkan kuasa 190hp, termasuk ada ura-ura dibekalkan unit pengecas turbo.
Sebagai model perdana, Hayabusa akan dibekalkan teknologi bantuan moden seperti sistem tunggangan pintar, sensor baharu, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan lain-lain.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
BACA >>> Suzuki Hayabusa Rekod Dunia 650hp Mahu Dijual £30,000 (RM164k)
Leave a Reply