BANYAK pengeluar automotif terpaksa menghentikan beberapa produk kereta dan motosikal masing-masing berikutan kegagalan mematuhi regulasi Euro5 baharu yang semakin ketat.
Antara model ikonik Yamaha yang terkesan akibat syarat emisi itu ialah YZF-R6 apabila terpaksa dihentikan pengeluaran tahun lalu dan hanya versi trek dikeluarkan. Terbaharu, model klasik SR400, yang sudah cukup lama di pasaran Jepun sejak 1978, juga bakal menerima nasib sama seperti R6.
Penamatan model itu sudah kecoh kedengaran sejak kebelakangan ini berikutan syarat emisi yang semakin ketat kerana SR400 masih menggunakan enjin lama. Namun Yamaha masih cuba mematuhi syarat spesifikasi umum seperti menggantikan sistem karburetor dengan teknologi suntikan bahan api (FI), dan ekzos yang dipasangkan sistem penukar bermangkin (catalytic converter).
BACA >>> Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini
Namun, semua itu tidak cukup hingga Yamaha Japan memutuskan menghentikan model tersebut dengan mengumumkan edisi akhir untuk SR400, dinamaka SR400 Final Edition (2021).
Berikut fakta mengenai model tribut itu, yang didatangkan dalam dua varian, iaitu SR400 Final Edition Limited dan Standard:
- Edisi akhir ini cuma dikeluarkan 1,000 unit dalam pilihan warna kelabu dan biru untuk (Limited), dan coklat (Standard) berwarna coklat.
- Dijana enjin silinder tunggal 399cc SOHC penyejukan udara berkuasa 22hp @ 6,500rpm dan tork 28Nm @ 3,000rpm.
- Dibina berasaskan frem separa double-cradle dengan tangki minyak bentuk air mata (teardrop).
- Imej klasik diserlahkan dengan pelana kulit rata kulit, ekzos krom dan lampu depan bulat dan kluster instrumen analog.
- Sistem henti menggunakan brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
- SR400 Final Edition dijual pada harga 605,000 yen (RM23,600) untuk varian Standard, dan 748,000 yen (RM29,180) untuk varian Limited, serta dijadualkan berada di pasaran Jepun pada 15 Mac ini.
- Setiap model tampil dengan lencana 'Final Edition' dan nombor siri.
BACA >>>#BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah
BACA >>>Peminat Suzuki Malaysia Naik Angin Motor Tak Muncul-Muncul, Pakat Serbu FB
Leave a Reply