• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ustaz Ebit Hadiahkan Modenas Kriss MR2 Kepada Pelajar 17 Tahun Kehilangan Ibu

Ustaz Ebit Hadiahkan Modenas Kriss MR2 Kepada Pelajar 17 Tahun Kehilangan Ibu

January 24, 2021 By Azhan O Leave a Comment

483
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


USTAZ Ebit Liew menghadiahkan sebuah motosikal Modenas Kriss MR2 110 kepada seorang pelajar lelaki 17 tahun untuk membantu memudahkan urusan keluarganya dalam menempuh kesukaran sepanjang krisis penularan wabak Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Dipetik laman Facebook aktivis sosial itu, pelajar berkenaan baru saja kehilangan ibunya pada 21 Januari lalu dan dia kini tinggal berdua bersama adik perempuannya yang berusia 16 tahun. Ibunya ialah pesakit buah pinggang dan mengalami cacat anggota (tiada sebelah kaki) serta perlu menjalani rawatan dialisis. Mereka sebelum ini hidup dengan mendapatkan sumbangan bulanan daripada pihak Baitulmal Kuala Lumpur.

Dua beradik itu juga ada seorang kakak, tetapi kini membesar dengan nenek dan ibu saudaranya.

Ustaz Ebit juga berhasrat mahu menyekolahkan kedua-dua beradik itu yang sudah lama tertangguh dan berjanji menyelesaikan yuran pengajian dan keperluan persekolahan lain.

Kapcai Modenas dihadiahkan itu dibeli dengan diskaun daripada kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan. Menurut Ustaz Ebit, pelajar itu akan mendapat servis dan barangan percuma daripada kedai motosikal itu selama setahun. Kebetulan tuan kedai tersebut turut mengenali pendakwah bebas tersebut.

 

Selain hadiah motosikal, dua beradik itu turut mendapat duit belanja daripada Ustaz Ebit.

BACA >>> Inilah Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 - Harga RM3,890
BACA >>> 'Black Panther' Selamatkan Mangsa Ragut Dapat Hadiah Jam

ust-ebit-liew-hadiah-modenas-1
ust-ebit-liew-hadiah-modenas-2
ust-ebit-liew-hadiah-modenas-3
ust-ebit-liew-hadiah-modenas-4
ust-ebit-liew-hadiah-modenas-5

Related

483
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktivis Sosial, Auto Terkini, Ebiet Liew, Ebit Liew, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, PKP 2.0, roda2, THM Motorcyles Trading Desa Pandan, Ustaz Ebit Liew

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev