• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

January 24, 2021 By Azhan O Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKTIVIS sosial, Lando Zawawi dalam video terbaharunya menempelak keputusan Kerajaan yang tidak membenarkan pengusaha cuci kereta beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

Seorang pengusaha cuci kereta di premis Setia Alam, Shah Alam, Azhar yang ditemu bual Lando dalam video itu berkata, pada PKP pertama dulu, pusat cuci kereta juga tidak dibenarkan beroperasi selama dua bulan, tetapi peraturan itu dilonggarkan kepada operasi jam 10 pagi, kemudian 12 tengah hari dan akhir sekali jam 2 petang sebelum kembali dibenarkan dibuka jam 8 pagi.

Peraturan tidak konsisten itu dikatakan menyusahkan pengusaha cuci kereta kerana jumlah tenaga kerja perlu diseimbangkan dengan jam bekerja mengikut operasi perniagaan. Jadi berlaku situasi pengusaha kerap mengambil dan memberhentikan pekerja mereka.

Menurut Lando pula, perniagaan cuci kereta menjalankan operasi pembersihan dan pembasmian kuman, terutama kalangan mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan awam seperti teksi dan e-hailing, termasuk pekerja penghantaran makanan seperti penunggang FoodPanda.

BACA >>> PKP 2.0: Bantuan Tunai RM500 Kepada Pemandu e-Hailing, Teksi, Kereta Sewa dan Bas

Lando melepaskan geram dengan berkata;

Apabila ada usaha untuk  pembersihan, (tapi) kalau kau tutup, habis kalau orang naik teksi, dia tak basuh kereta dia macam mana? Aku PANGGG kau kang! Bodoh tak pakai otak! Bodoh ke apa?! Sekejap boleh.. sekejap tak boleh.... Pekerja-pekerja siapa nak bayar? Semua car wash ada masalah, mengadu kat gua.

"Gua nak pihak-pihak bertanggungjawab tolong fikirkan balik sebab ini salah satu perusahaan disinfeksi. Ini termasuklah teksi, GrabCar dan kenderaan awam yang berkongsi naik. Sepatutnya waktu pandemik ini, inilah perusahaan yang perlu diberikan tumpuan."

Azhar turut mempertikaikan kompaun RM1,000 yang dikenakan sedangkan dia memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pendapatnya, kalau sudah ada surat MITI, tetapi masih tidak dibenarkan operasi, sepatutnya berikanlah amaran dulu, bukan terus dikompaun.

"Saya pun tak tahu jabatan mana saya boleh dengar. Polis ke, MITI ke atau Pejabat Kesihatan (KKM). Yang mana satu nak saya dengar?" kata Azhar.

Lando kemudian menegaskan lagi tentang keperluan perusahaan cuci kereta diberikan perhatian kerana terbabit dalam kerja pembersihan dan nyahkuman.

Kalau korang nak tau, motor-motor FoodPanda, jubur lama-lama kat seat tu lama-lama bau kepam. Korang orang-orang kaya (pihak berkuasa/menteri) tak faham! BODOHHH! Kalau FoodPanda atas EX-5 dia. Hari-hari, hujan panas hujan panas, ada bau, berkuman.

"Kadang-kadang pegawai yang bagi saman pun tak faham SOP sampai tak pakai glove pun kena saman. Apa cerita ni? Aku PANGGG kau kang!"

BACA >>> PKP 2.0: Kenderaan Komersial Tidak Perlu Surat Kebenaran MOT, Cukup Pengesahan Majikan
BACA >>> Kronologi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia Dulu dan Sekarang

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktivis, Auto Terkini, Car Wash Tutup PKP 2.0, Lando Brotherhood, Lando Zawawi, Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, PKP 2.0, pusat cuci kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev