• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Set Lengkap Simulator Motosikal Ini Cecah Harga RM72.6k!

Set Lengkap Simulator Motosikal Ini Cecah Harga RM72.6k!

January 22, 2021 By Aryon Leave a Comment

411
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KRISIS penularan wabak Covid-19 memang membantutkan banyak aktiviti riadah dan sukan. Bagi mat motor, mereka tidak dapat mengasahkan tayar dengan aktiviti Hari Trek (Track Day).

Sebenarnya bukan musim pandemik ini saja, kaki Track Day juga tidak dapat menunaikan hajat mereka jika hari hujan, trek basah atau macam-macam halangan lain seperti isteri ajak balik kampung, bajet 'lari' dan hal-hal lain yang tidak dapat diduga.

Jadi inilah masanya anda dapatkan modul Moto Trainer yang membolehkan anda berlatih atau bersukan permotoran sepanjang masa dan paling penting boleh dikatakan selamat 100 peratus!

Apakah Moto Trainer ini?

BACA >>> #Videotomotif: Godam Kereta untuk Main Game Lumba Mario Kart 64
BACA >>> Suzuki Indonesia Perkenal Permainan AR di Instagram

Ini ialah simulator motosikal yang dibikin hasil kolaborasi Moto Trainer dengan penganjur MotoGP, Dorna Sports yang bukan saja untuk penunggang amatur, tetapi juga profesional.

Selain dimuatkan semua trek litar MotoGP, simulator ini juga boleh dipautkan dengan konsol XBOX dan komputer (PC). Ini adalah antara komitmen Dorna Sports yang serius mahu terlibat dalam arena e-sukan (e-sports) perlumbaan.

Mesin simulator dihasilkan itu mampu menganalisis prestasi penunggang dengan memantau pecutan, brek depan dan belakang, kotak gear dan trajektori, sekali gus memberikan bacaan telemetri yang membantu pemain menambah baik gaya tunggangan. Malah simulator Moto Trainer ini membolehkan pemain melayan selekoh pada sudut miring hingga 50º, membantu mensimulasikan agihan berat dan cengkaman ketika mengambil selekoh.

Semestinya simulator ini sesuai jika anda mahu menjadi pengganti Valentino Rossi atau Marc Marquez, ataupun mencari alternatif lain jika tidak dapat turun Track Day pada musim hujan.

Tetapi, harga simulator motosikal inipun bukanlah murah. Versi aras mula bermula sekitar AS$6,000 (RM24,220), dan tidak termasuk motor respon fork atau miring untuk menjadikan ia betul-betul seperti jentera sebenar. Unit lengkap simulator ini mampu mencapai harga AS$18,000 (RM72,650)! Sudah sama harga seperti jentera middleweight atau superbike!

Simulator ini juga boleh disesuaikan dengan apa saja jenis motosikal. Misalnya anda berminat menunggang model touring seperti Honda Gold Wing sambil berhenti singgah stesen minyak untuk beli makanan untuk pengalaman tunggangan realistik. Mungkin juga Waisuku pun boleh disetkan dengan simulator ini?

SUMBER: Jalopnik.com

Related

411
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Dorna Sports, Moto Trainer, roda2, simulasi, simulator, Simulator Moto Trainer, simulator perlumbaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev