• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peminat Suzuki Malaysia Naik Angin Motor Tak Muncul-Muncul, Pakat Serbu FB

Peminat Suzuki Malaysia Naik Angin Motor Tak Muncul-Muncul, Pakat Serbu FB

January 21, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


STATUS terbaharu di laman Facebook Suzuki Malaysia mendapat ratusan komen peminat tempatan yang tidak berpuas hati dan bengang kerana wakil pengeluar itu masih gagal melancarkan sebarang model seperti digembar-gemburkan tahun lalu.

Ada peminat yang menyindir Facebook Suzuki Malaysia sebagai laman motivasi dan ucap selamat, serta tidak teringin hendak menjual motosikal. Ada pula pembaca beritahu, pengedar Suzuki Malaysia sekarang masih memiliki kontrak dengan Kawasaki dan perlu tunggu ditamatkan sebelum dapat menjual produk Suzuki.

BACA >>> Suzuki Malaysia Sah Kembali ke Malaysia!

Namun tidaklah dapat dipastikan kesahihan kerana menurut si pembaca, maklumat itu diperoleh daripada rakannya yang menjadi pengedar Kawasaki.

Namun berdasarkan sumber yang kami tahu setakat ini, Kawasaki Motors Malaysia (KMM) memang sedang menunggu kata putus daripada syarikat induknya Kawasaki Heavy Industries (KHI) dari Jepun mengenai kerjasama dengan Modenas. Khabarnya, hak jualan motosikal Kawasaki bawah 600cc akan diberikan kepada Modenas, manakala model 600cc ke atas diserahkan kepada KMM. Itupun belum ada kata putus.

 

Tetapi apa kena mengena pula dengan Suzuki Malaysia?

Kaitannya, KMM mendapat hak pengedaran motosikal Suzuki di Malaysia dan berita itu diumumkan sendiri dalam laman Facebook Suzuki Malaysia pada September 2020, serta dikuatkan lagi dengan alamat ibu pejabat yang sama seperti KMM, iaitu di Glenmarie, Shah Alam.

Kemudian, selepas maklumat 'Kami Kembali', muncul beberapa foto acah mengenai bakal kemunculan model Suzuki seperti kapcai Belang R150 FI (September 2020) dan sportbike suku liter Gixxer (Oktober 2020). Namun selepas itu, Suzuki Malaysia terus krik krik...

Kini sudah lebih dua bulan laman Facebook Suzuki Malaysia tidak menyiarkan sebarang foto acah terbaharu, sekali gus membuatkan ramai peminat geram dan bengang. Apa yang dimuat naik ialah status ucap selamat dan kejayaan pasukan Suzuki Ecstar merangkul Kejuaraan Dunia MotoGP 2020.

Di bawah ini kami kongsikan komen-komen menarik, lucu dan bernas seperti dapat dibaca di laman Facebook Suzuki Malaysia. Sepatutnya kalau sudah dedahkan foto acah, cepat-cepatlah lancar. Kalau terlambat, terlepas pula peminat setia yang terpaksa beli model lain.

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kapcai, Kawasaki Heavy Industries (KHI), Kawasaki Motors Malaysia (KMM), Komen Peminat Suzuki Malaysia, motosikal, roda2, Suzuki Belang R150 FI, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev