• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAA: Jualan Kenderaan Malaysia Sepanjang 2020 Merosot 12.4 Peratus!

MAA: Jualan Kenderaan Malaysia Sepanjang 2020 Merosot 12.4 Peratus!

January 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WABAK Covid-19 menjejaskan ekonomi banyak negara, termasuk Malaysia, dan automotif adalah antara sektor paling terkesan dari segi angka jualan kenderaan baharu separuh penggal pertama 2020 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut statistik dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengenai jumlah keseluruhan industri (TIV) 2020 bagi jualan kenderaan di negara ini:

  • Jualan kenderaan menunjukkan penurunan ketara apabila PKP diumumkan pada 18 Mac tahun lalu. Jualan April 2020 cuma 145 unit kenderaan sahaja berikutan penutupan operasi barisan pengeluaran dan pusat jualan.
  • Pada Mei 2020, jualan naik kepada 23,366 unit selepas Kerajaan melonggarkan pelaksanaan PKP dengan membenarkan banyak sektor ekonomi beroperasi, termasuk automotif.

  • Pada tiga bulan terakhir 2020, jualan kenderaan meningkat ketara berbanding tempoh sama pada 2019 dengan rekod 184,121 unit berbanding 161,296 unit pada suku ketiga 2019.
  • Secara keseluruhan, TIV 2020 mencatatkan jualan 529,434 unit setahun, iaitu merosot 74,847 unit atau 12.4 peratus berbanding TIV 2019 (604,281 unit).
  • Walaupun merosot, angka tersebut sebenarnya lebih tinggi berbanding ramalan awal MAA, iaitu sekitar 470,000 unit sahaja.
  • Prestasi tersebut dicapai berikutan insentif pengecualian cukai diumumkan Kerajaan bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020, sekali gus meningkatkan jualan penggal kedua 2020, iaitu sebanyak 68,836 unit.

  • Dari segi segmen pasaran, kenderaan penumpang mencatatkan jualan 69,212 unit, merosot 12.6 peratus.
  • Segmen kenderaan komersial pula terjual 5,635 unit (merosot 10.4 peratus).

TIV 2021 DIRAMAL MENINGKAT

Sementara itu, TIV 2021 diramalkan meningkat 570,000 unit, iaitu tambahan 40,566 unit berbanding tahun lalu selepas mengambil kira faktor berikut:emulihan ekonomi global dan tempatan kita

  • Penerusan insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) hingga 30 Jun 2021.
  • Kadar faedah pinjaman sewa beli lebih rendah.
  • Pengenalan model baharu dengan spesifikasi dan rekabentuk terkini pada harga lebih kompetitif.
  • Kempen promosi agresif dilakukan pengeluar kereta untuk mendorong jualan dan mengekalkan bahagian pasaran.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Bulat Jadi Trail Cub 55, Kapcai Rare untuk Penggemar Aktiviti Lasak
BACA >>> PCPO: Pelanggan Kini Boleh Beli Kereta Terpakai Proton di Pusat Jualan Proton

Related

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, jualan, MAA, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Persatuan Automotif Malaysia (MAA), TIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev