• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum

Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum

January 20, 2021 By Azhan O Leave a Comment

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan seorang pemandu lori kerana membawa muata daun ketum di Jalan Kampung Tong Prok dalam Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah, pada kira-kira jam 12.45 tengah malam semalam selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan polis mendapati lori tiga tan dipandu suspek itu membawa 80 beg kanvas dan guni plastik berisi daun ketum seberat 1.5 tan bernilai RM22,000.

Selepas disiasat, suspek mengaku mengambil upah RM2,000 bagi setiap perjalanan untuk menghantar daun ketum itu dari Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan. Suspek juga tidak bekerja kerana diberhentikan sebagai pemandu bas ekspres pada Jun tahun lalu, termasuk mengaku menyewa lori tersebut menggunakan wang i-Sinar daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain daun ketum, lori yang disewa pada kadar RM2,500 sebulan itu turut digunakan untuk melakukan servis penghantaran lain seperti perabot dan makanan.

Suspek kini, yang sudah berkahwin dan memiliki tiga anak, ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3), Akta Racun 1952. Keputusan air kencing ialah negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau. Polis turut menyiasat individu yang memberi upah kepada suspek.

BACA >>> Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri
BACA >>> Isuzu D-Max Stealth Kini di Pasaran, 180 Unit Sahaja, Siap Ada Side Step - Harga RM125k

SUMBER: Bernama

Related

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, i-Sinar, Pemandu Lori Bawa Ketum, Sewa Lori Hantar Ketum

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev