• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Bakal Perkenal Skuter Elektrik Gesits (2021) untuk Pasaran Domestik, Asean

Indonesia Bakal Perkenal Skuter Elektrik Gesits (2021) untuk Pasaran Domestik, Asean

January 20, 2021 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


INDONESIA mengumumkan pengenalan motosikal elektrik jenama tempatan, dipanggil Gesits sebagai langkah awal terlibat dalam industri kenderaan elektrik.

Skuter elektrik itu, yang dihasilkan pengeluar tempatan PT Wijaya Karya (Wika), bukan saja akan memenuhi permintaan dalam negara, tetapi juga dieksport kepada pasaran luar seperti Asia Tenggara. Di pasaran, model ini akan bersaing dengan Kymco Many dari Taiwan dan model-model VinFast dari Vietnam.

Bermula September hingga Disember tahun ini, sebanyak 50,000 unit model Gesits akan dihasilkan untuk dijual di pasaran Indonesia. Skuter elektrik itu sebenarnya sudah diuji seawal 2016 dengan jarak tunggangan lebih 1,2000km dari Jakarta ke Bali.

BACA >>> VinFast Theon - Lagi Skuter Elektrik Dilancarkan di Vietnam
BACA>>> Kymco RevoNex - Superbike Elektrik dengan Deruman Ekzos Bakal Debut di Milan

Kemudian pada 2017, pasukan jurutera Wika melakukan beberapa perubahan untuk melengkapkan model sedia ada sebelum memasuki barisan pengeluaran. Gesits juga menggunakan hingga 89 peratus bahan tempatan yang kebanyakannya dibuat di Indonesia.

 

Berikut spesifikasi asas Gesits:

  • Dikuasakan motor elektrik 5kW yang diperoleh daripada bateri lithium-ion mudah alih.
  • Isian cas penuh mampu menggerakkan skuter ini sejauh 80-100km bergandung kepada rupa bumi dan gaya tunggangan.
  • Kelajuan maksimum dapat dicapai ialah 100kmj.
  • Ciri dimiliki Gesits ialah lampu siang (DRL), monoshock, dan pemeriksaan kapasiti bateri menerusi aplikasi Android.

Menurut Wika, jumlah kenderaan dijangka meningkat pada 2019, dan jumlah motosikal dihasilkan akan mencecah angka 100,000-150,000 unit. Jadi permintaan untuk eksport kenderaan hijau juga meningkat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Gesits, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal Indonesia, PT Wijaya Karya, PT Wijaya Karya (Wika), roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev