• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Petronas SRT Berminat Teruskan Kontrak dengan Yamaha Hingga 2026

Petronas SRT Berminat Teruskan Kontrak dengan Yamaha Hingga 2026

January 20, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM  Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 dianggap fasa penting kerana tahun ini bakal menyaksikan berakhirnya banyak kontrak antara pelumba dan pasukan masing-masing sama ada pengilang dan satelit.

Pasukan pertama mengumumkan kontrak baharu dalam kelas premier ialah KTM, sebaliknya pengeluar lain masih tidak membuat sebarang pengumuman rasmi seperti Yamaha, Honda dan Suzuki. Status pasukan satelit pula bergantung kepada pasukan pengilang.

Mengenai pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), bos Yamaha, Lin Jarvis mendakwa isu kontrak Yamaha dengan pasukan dari Malaysia itu adalah antara sebab kenapa Valentino Rossi cuma diikat setahun. Jadi selepas musim ini berakhir, apakah akan berlaku?

Bagaimanapun, bos Petronas SRT, Datuk Razlan Razali menjelaskan hasrat Petronas SRT untuk terus bersama Yamaha selepas musim 2021 hingga tamat 2026. Buat masa ini pasukannya memang selesa bersama Yamaha dan mahu meneruskan kontrak dengan pengeluar itu pasca 2021 serta bertahan selama mungkin.

Menurutnya;

Mereka menyokong kami sejak tahun pertama dan itu penting untuk pasukan kami (Yamaha dan Petronas). Adakah kami dapat memanjangkan usahasama ini selama lebih tiga tahun?

"Kami sudah bincang dengan Yamaha dan berusaha capai kesepakatan untuk lima tahun lagi. Ini tentu perlukan masa, tapi kami kena tahu perancangan tahun depan dan seterusnya pertengahan tahun ini."

Selain itu, Petronas SRT musim ini turut bertanggungjawab melatih Rossi untuk saingan MotoGP walaupun pelumba veteran itu pernah menyatakan ia sebagai pasukan junior.

Rossi sebagai pelumba pasukan ialah kes berbeza. Bagi kami tahun 2021 sangat penting untuk memiliki kestabilan dan prestasi, ini penting untuk kelangsungan pasukan. Dalam senario biasa, kami mungkin saja ambil pelumba Moto2, tetapi memikirkan apa dia (Rossi) impikan, itu bermakna kami memiliki pelumba yang akan memulakan musim dengan sedikit ujian.

"Banyak risiko untuk dinilai, jadi kami buat keputusan ini dengan Rossi kerana dia tahu motornya, berpengalaman dan ada juga cabaran untuk dipertimbangkan. Kami buat pengecualian untuk Rossi, tapi rancangan kami adalah selalu cari bakat baharu, membesar dan naik bersama kami dan Yamaha pada masa depan," kata Razlan.

BACA >>> Razlan: Petronas SRT Akan Ada Pelumba Tempatan 2022
BACA >>> #SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Razlan Razali, Kejuaraan Dunia MotoGP 2021, Lin Jarvis, MotoGP, MotoGP 2021, Petronas Yamaha SRT, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev