• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Harga Perodua Axia Didedahkan

BERITA AUTO: Harga Perodua Axia Didedahkan

August 15, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

IMG_7630BERMULA hari ini (15 Ogos), Perodua sudah membuka tempahan bagi model kompak baharunya, Perodua Axia di kesemua 180 pengedarnya seluruh negara. Seperti laporan sebelum ini yang disiarkan di Pandulaju,com, Perodua Axia dijual pada harga serendah RM24,900. Laporan penuh boleh lihat di sini - Tempahan Perodua Axia Dibuka.

Sedia maklum,  Perodua Axia hadir dalam empat varian: Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Hasil janaan enjin tiga silinder bersesaran 1.0L, Axia turut dikenali sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua yang menawarkan penjimatan bahan api sehingga 21.6km per liter.

Menyentuh kepada nama Axia, perkataan ‘Axia’ (disebut a-zee-a) dipilih dengan menggabungkan perkataan Asia, di mana ‘X’ sebagai angka roman bagi nombor 10 yang mewakili model ke-10 Perodua.

Lebih menggembirakan, buat pertama kalinya, Perodua menawarkan jaminan lima tahun bagi model Axia. Mereka yang ingin lebih mendekati spesifikasi model ini dijemput ke rumah terbuka Hari Raya Perodua di kesemua pengedarnya pada 16 hingga 17 Ogos ini.

Menurut pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sudah memandu uji model ini, ia menawarkan ciri tertinggi peringkat global. Bagaimanalah agaknya nasib Proton Global Small Car P2-30A yang akan dilancarkan nanti?

NOTA KAKI: PSSTTT, Perodua sudahpun menjemput media untuk memandu uji model berkenaan Selasa hadapan. Nantikan update dari kami sekiranya tiada embargo pada hari berkenaan.

Berikut adalah senarai harga penuh Perodua Axia yang disiarkan menerusi laman www.perodua.com.my

Harga Perodua Axia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harga Perodua Axia didedahkan, Perodua, Perodua Axia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev