HONDA baru saja menyiarkan video acah HR-V (2021) serba baharu yang juga antara model terlaris dikeluarkan pengeluar automotif dari Jepun itu.
Terdahulu, HR-V, juga dikenali sebagai Vezel, sudah beberapa kali dikesan sedang dipandu uji. Kini segala persoalan mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) itu terjawab menerusi video acah berkenaan. Debut global HR-V serba baharu akan dijual secara digital menerusi laman YouTube Honda Motor Co Japan bertarikh 18 Februari, jam 10.30 pagi waktu tempatan.
Menariknya, Honda turut mendedahkan perincian lain yang menampakkan sosok HR-V serba baharu itu.
BACA >>> Honda Malaysia Perkenal HR-V (2021) dengan Ciri Dipertingkat, Harga Bermula RM104k!
Antaranya ialah imej siluet HR-V (2021) serba baharu dari sisi dan belakang yang menunjukkan rupa pilar dan cermin belakang lebih landai. Ini bermakna SUV baharu Honda ini akan tampil dengan gaya coupe berbanding model sedia ada sekarang.
Juga kelihatan spoiler dan pelapik gerbang roda hitam. Tangki minyak berada di sebelah kiri dan hendal pintu belakang di bahagian tingkap, sama seperti model sedia ada.
Perincian lain ialah wiper belakang dan kelibat bumbung hitam yang seakan memberikan bayangan HR-V (2021) serba baharu akan dipasangkan bumbung suria panoramik. Antena pula jenis sirip yu.
Video acah itu turut menunjukkan beberapa maklumat tambahan. Misalnya, lencana e:HEV pada pintu but belakang yang mana model SUV itu mungkin menawarkan varian hibrid seperti Jazz/Fit dan HR-V sedia ada.
Rekabentuk papan pemuka HR-V (2021) serba baharu juga masih sama seperti model sekarang dengan garis horizontal pada papan pemuka. HR-V serba baharu ini bakal dilengkapkan unit infotainmen 9 inci yang boleh disambungkan kepada telefon pintar.
BACA >>> Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja
Papan pemuka menggunakan material sentuh-lembut berwarna putih. Kawalan penyaman udara dalam bentuk digital diposisikan bawah unit infotainmen dengan tiga butang dan skrin digital. Juga kelihatan twiter pada pintu depan untuk efek bunyi lebih menyeluruh.
Apa kata anda dengan HR-V (2021) serba baharu ini? Kita tunggu Februari nanti!
Leave a Reply